Sunday 18 April 2021

Konsep Kejiranan Dan Hak-Hak Jiran

 




Konsep Kejiranan Dan Hak-Hak Jiran

Nama Ahli Kumpulan:

1) Muhammad Alif Asyraff Bin Abd Aziz (02DKM18F2040)2)
2) Muhammad Izzuddin Amin Bin Badrul Isham(DKM18F2038)
3) Wan Muhammad Ikhwan Bin Wan Mohd Noor (DKM18F2022)
4) Vinod A/L Arjunan (DKM18F2024)

Nama Pensyarah :Puan Wan Ruswani Binti Wan Abdullah

PENGENALAN

Kejiranan adalah antara aspek sosial yang penting dalam usaha membina masyarakat bersatu padu, harmoni dan sejahtera. Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialan amalan hidup berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalngan masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya. Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran merupakan salah satu cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam perlu saling menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda. Hubungan baik sesama jiran perlu sentiasa dijaga seperti yang dituntut dalam agama. Pada era globalisasi masa kini,konsep kejiranan semakin pudar dan tidak diberikan perhatian sewajarnya, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat bandar. Justeru itu, tidak hairanlah ramai yang tidak mengenali jirannya walaupun tinggal sebelah menyebelah. Jika pun mengenali tetapi ramai yang tidak merasakan kemesraan berjiran apatah lagi perasaan untuk mengambil berat tentang hal ehwal jiran. Kemesraan dan keseronokan berjiran tidak terasa kerana aspek interaksi yang positif dan membina diabaikan. Pelbagai alasan diberikan seperti tidak mahu jaga tepi kain orang, terlalu sibuk dan sebagainya. Oleh itu , dalam blog ini akan mendedahkan definisi kejiranan, konsep kejiranan , langkah-langkah memupuk semangat kejiranan,kepentingan semangat kejiranan dan hak-hak jiran.


KONSEP KEJIRANAN DALAM ISLAM 

2.1 DEFINISI JIRAN

Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.

Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :

Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga

(Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.)

 

 


Jenis-Jenis Jiran



Kejiranan amat penting didalam pembentukkan tamadun Islam selepas pembentukan sahsiah individu dan keluarga. Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagimana tidak membawa kemudaratan. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menggangu pengamalan mereka seperti orang-orang beragama Hindu akan meletakkan tokong mereka diluar rumah, maka hormatilah kerana selagi ia tidak membawa bahaya. Didalam agama Islam, jiran dibahagikan kepada tiga kategori dan haknya yang tersendiri. Ia terdiri daripada;

 

1.     Jiran Sesama Muslim Yang Mempunyai Hubungan Persaudaraan

Jiran sesama muslim yang mempunyai hubungan persaudaraan ialah saudara terdekat kita, oleh itu, jika kita mempunyai jiran jenis yang pertama ini, mereka berhak mendapat layanan sebagai seorang muslim, kerabat serta sebagai seorang jiran.

 

2.    Jiran Muslim Yang Tidak Mempunyai Hubungan Persaudaraan

Walaupun mereka bukan terdiri daripada darah daging kita atau suadara kira, tetapi kita perlulah menghormati mereka dan sentiasa bersikap baik kerana mereka mempunyai hak sebagai seorang muslim dan sebagai seorang jiran.

 

3.      Jiran Bukan Islam

Jiran yang bukan beragama Islam, tidak boleh diangga sebagai musuh. Hal ini kerana mereka tetap mempunyai hak sebagai seorang jiran. Oleh itu kita masih perlu menghormati mereka  dan tidak menyakitki mereka seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W;

 “ Barang siapa yang menyakiti orang asing, bererti dia menyakiti diriku, dan barang siapa yang menyakiti aku bererti dia menyakiti Allah.” 

 

 

KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN



Dikisahkan pada suatu hari Rasulullah SAW berkunjung menemui Abu Dzar yang sedang memasak kuah lalu Baginda berkata : “ wahai Abu Dzar, jika kamu memasak, perbanyakkanlah airnya. Kemudian, berilah jiran tetanggamu daripada masakanmu itu dengan baik. “

 

Islam menekankan hubungan baik sesama jiran tetangga. Hal ini demi melahirkan suatu kehidupan dalam masyarakat yang harmoni. Mungkin sesuatu barangan yang kita sedekah atau beri kepada jiran tidaklah seberapa nilainya bagi seorang manusia tetapi disisi Allah, nilai ganjarannya adalah pahala.

 

Sabda Baginda SAW bermaksud :

 

Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia menghormati tetamunya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata dengan baik dan hendaklah ia diam.”

                                                                                                              (Hadis riwayat Muslim)

 

 

Pesanan Nabi SAW menunjukkan bahawa kehidupan seorang mukmin tidaklah sempurna di kaca mata Islam apabila hubungannya bersama jiran tetangga tidak dipelihara dengan baik serta hidup dengan aman harmoni.

 

HAK HAK JIRAN

Rasulullah s.a.w. selalu dipesan oleh malaikat Jibril supaya berbuat baik kepada jiran. Dalam sebuah hadis sahih; diriwayatkan daripada Aisyah r.a. Baginda Mulia telah bersabda: “Jibril sentiasa berpesan kepadaku tentang jiran, sehingga aku menyangka Jibril akan menjadikan jiran itu sebagai waris (kepada jirannya).” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Tirmizi).

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidak sempurna iman, jika kamu tidur dalam kekenyangan sedang jiran tetangga mu menangis kerana kelaparan.

 

Kes sosial yang pertama dibicarakan di mahkamah Allah Subhanahuwata’ala di hari kiamat ialah tentang jiran, samada kita mendakwa jiran atau jiran yang akan mendakwa kita. Misalnya jiran kita uzur, miskin dan kita tidak pernah menolongnya. Dalam kes sepetti ini, jiranlah yang akan mendakwa kita di akhirat nanti.

 

At-Tabrani meriwayatkan daripada Jabir r.a. daripada Nabi s.a.w., Baginda bersabda; “Jiran itu 3 golongan iaitu, jiran dengan 1 hak, iaitu jiran yang musyrik. Dia hanya ada hak kejiranan. Kedua, jiran dengan 2 hak iaitu jiran yang beragama Islam. Dia ada hak kejiranan dan ada hak Islam dan yang ketiga jiran dengan 3 hak iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Dia ada hak kejiranan, ada hak Islam dan ada hak hubungan kekeluargaan.”

 

Satu ketika Rasulullah SAW berkumpul bersama dengan para sahabat. Kemudian salah seorang sahabat berkata bahawa dia memiliki seorang jiran wanita yang sering berpuasa disiang hari dan di malam harinya bersembahyang tahajjud. Tetapi Rasulullah mengatakan bahawa wanita itu adalah ahli Neraka. Sahabat bertanya, mengapa demikian. Jawab Baginda Rasulullah SAW, “Wanita itu selalu menyakiti jiran tetangga dengan lidahnya, tidak ada kebaikan lagi baginya dan dia adalah ahli Neraka.

 

 

 

HAK-HAK JIRAN DALAM ISLAM

Sebagai jiran kita, masing-masing ada kewajipan dan ada hak. Abdullah Nasih `Ulwan dalam bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, ada memberikan empat asas yang semua pihak patut fahami, malah mengamalkannya:



a) Jangan menyakiti jiran

         Dasar ini memberi erti tidak boleh sama sekali melakukan zina, mencuri, mengutuk dan mencampakkan sampah sarap ke rumah jiran atau membuang perut ikan di dalam longkang ketika proses memasak sehingga bau busuk melepasi hingga ke rumah jiran, lalat dan langau yang datang menghurung sampah sarap dan perut ikan juga boleh menggangu ketenteraman jiran . Jadi perbuatan buruk terhadap jiran anda itu amatlah salah. Leih dasyat lagi apabilan terdapat jiran yang sanggup melakukan zina atau melakukan pencurian terhadap jiran adalah sepuluh kali ganda lebih buruk daripada melakukannya kepada pihak lain.

 
b) Memelihara jiran

Setiap daripada kita wajib memelihara kepentingan jiran. Sikap ini menandakan hati yang bersih. Sekali lagi Nabi SAW mengingatkan umatnya agar sentiasa

 

مَنْ اَقرَّ عَيْنَ مُؤْمِنِ اَقَرَّ اللهُ عَيْنَهُ يَوْمَ اَلْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Barang siapa memberikan kegembiraan kepada seorang mukmin, maka Allah akan memberikan kegembiraan kepadanya pada hari kiamat”.

 

Jika kita menjaga kepentingan mereka umpamanya memantau rumahnya ketika jiran tetangga pulang ke kampung halaman semasa musim perayaan atau cuti panjang daripada diceroboh oleh pencuri dengan memaklumkan jiran tersebut lalu terus melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis, kita sebenarnya telah berbuat baik kepada jiran dengan menjaga kepentingan mereka. Bayangkan situasi ketika hari kiamat, tiada siapa yang boleh membantu kita kecuali Allah SWT. Dunia menjadi kelam kabut, manusia dan alam seluruhnya menjadi seperti debu-debu yan11g berterbangan. Pada saat itulah kita mengharapkan pertolongan Allah. Penulis sangat yakin dan percaya bahawa Allah SWT tidak pernah memungkiri janjiNya


Berbuat baik kepada jiran 

       Dengan maksud jika jiran bergembira seperti dapat menantu, anak-anak lulus dengan baik dalam peperiksaan atau pelajaran, maka ikutlah sama memberikan tahniah dan jika mereka berduka kerana kematian keluarganya, berilah takziah, walaupun bukan seagama. Malah jika mereka ditimpai sakit ziarahilah mereka. Jika anda bertemu berilah salam atau sapalah mereka. Ertinya, jika ada keperluan mereka kepada pertolongan, mereka hendaklah dibantu. Dalam hal ini nabi Muhammad s.a.w. meletakkan mereka yang menghormati jiran itu sebagai tanda orang yang beriman.

 

 LANGKAH LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

Langkah yang paling pragmatik untuk memupuk semangat kejiranan ialah ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa merupakan guru pertama dan guru terbaik kepada anak-anak. Jika ibu bapa menunjukkan teladan  yang baik kepada anak-anak maka mereka akan mencontohi teladan yang ditunjukkan kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah mengunjungi atau menziarahi jiran tetangga walaupun mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak. Selain itu, ibu bapa haruslah tidak sombong dengan jiran dan sering bertegur-sapa agar dapat memupuk semangat kejiranan. Kesannya, semangat kejiranan dapat dipupuk antara jiran dalam kalangan anak-anak dan ibu bapa sekali gus dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sekiranya cara memupuk semangat kejiranan dapat dipupuk oleh ibu bapa maka negara dapat melahirkan generasi yang bijaksana dan bekerjasama dalam mentadbir membangunkan negara ke  arah kemajuan  negara pada masa akan datang. Tegasnya, contoh teladan yang terbaik daripada ibu bapa mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan anak-anak.

 

                Memetik wasitah nirmala seterusnya, uslub lain untuk memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat setempat di Malaysia ialah program rukun tetangga  di kawasan perumahan mesti dihidupkan semula. Hal ini kerana program rukun tetangga berfungsi sebagai perisai untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari.  Anggotanya membabitkan semua pihak tanpa mengira kaum kerana masing-masing bertanggungjawab menjaga keselamatan kendiri dan keluarga. Sebagai contohnya, anggota rukun tetangga akan bergilir-gilir bertugas meronda kawasan tanpa mengira usia, agama dan status. Secara ghalibnya, senario ini akan mewujudkan  jalinan hubungan yang mesra bagai isi dengan kuku sekali gus memupuk semangat kejiranan yang hakiki. Menurut Tun Dr. Mahathir, jiran yang muafakat akan membentuk masyarakat yang harmoni. Oleh itu, kita perlu mengaktifkan program rukun tetangga bagi melahirkan semangat kejiranan yang utuh dan bersatu padu.

 

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kita dituntut untuk berlaku baik kepada jiran kerana tuntutan tersebut datang daripada al-Quran dan juga hadith Nabi SAW. Selain itu juga, Allah SWT menyediakan hukuman yang berat kepada orang-orang suka menyakiti jirannya. Tambahan pula, Islam mengajar umatnya agar sentiasa bersabar dalam setiap perkara yang menimpa serta berusaha untuk menyelesaikannya dengan sebaik mungkin. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa berlaku baik kepada jiran serta memasukkan kita ke dalam syurga di akhirat nanti. Amin.

 



Wednesday 9 October 2019

PERUBATAN MODEN VS PERUBATAN TRADISIONAL




PERUBATAN MODEN VS PERUBATAN BERLANDASKAN AL-QURAN

NAMA AHLI KUMPULAN
-WAN MUHAMMAD IKHWAN BIN WAN MOHD NOOR (02DKM18F2022)
-MUHAMAD IZZUDDIN AMIN BIN BADRUL ISHAM (02DKM18F2038)
-MUHAMMAD ALIFF ASYRAFF BIN ABD AZIZ (02DKM18F2040)
-MUHAMMAD ARIF BIN AHMAD NAZRI (02DKM18F2042)

NAMA PENSYARAH
ENCIK KAMAL HISAM BIN ABDUL HALIM

APA TU PERUBATAN?
·       Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan serta rasa sihat. Dengan kata lain, perubatan ialah sains untuk menghalang dan menyembuhkan penyakit. Walaubagaimanapun, istilah ini lebih banyak digunakan untuk perkara yang berkaitan dengan doktor.
·       Perubatan meliputi pengetahuan sains dan penggunaan pengetahuan terebut. Terdapat perlbagai jenis cabang sains perubatan yang spesifik kepada organ dan penyakit tertentu, sama seperti jawatan perubatan. Sains perubatan ialah pengetahuan mengenai sistem badan dan penyakit, namakala jawatan perubatan merujuk kepada struktur sosial kumpulan manusia yang dilatih secara rasmi untuk menggunakan pengetahuan tersebut bagi merawat penyakit.

DALAM KONTEKS PERUBATAN TERBAHAGI KEPADA DUA KELOMPOK

-PERUBATAN MODEN

-PERUBATAN BERLANDASKAN ALQURAN


PERUBATAN YANG BERASASKAN ALQURAN
 
 
PERUBATAN MODEN
            Perubatan moden merupakan campuran antara seni merawat dengan berbagai-bagai sains. Perubatan mempunyai hubungan langsung dengan sains kesihatan dan bioperubatan. Perubatan hari ini mempunyai bidang-bidang yang lebih luas seperti perubatan klinik, penyelidikan perubatan, pembedahan, lantanya mengatasi masalh penyakit dan kecederaan.



          Dalam kurun ke-17 Harley William, menggunakan kaedah-kaedah eksperimen, menunjukkan penyebaran darah, konsep mendapat yang besar tentangan awal. Kuinina pendahuluan menandakan kemenangan tentang malaria, satu daripada wabak oldest pada manusia. Pemciptaan kawasan mikroskop menuju ke penemuan daripada amat kecil benuk untuk hidup, dan sistem penemuan rerambut darah mengisi lompang pertandingan akhir itu dalam harley edaran penjelasan darah.


DR. EDWARD JENNERD
Dalam kurun ke-18, digitalis darah jantung diperkenalkan, keji telah dikawal, pembedahan telah menukar ke dalam sains eksperimen. Tambahannya, Jenner Edward memperkenalkan pemvaksinan untuk mengelakkan penyakit cacar, menyediakan dasar asas bagi bidang imunisasi dalam sains.
          Kurun ke-19 ialah permulaan bagi perubatan moden. Pasteur, Koch, Ehlich dan Semmelweis membuktikan hubungan antara kuman dan penyakit. Perkembangan lain termasuklah penggunaan disinfeksi dan kemajuannya akibat dalam perubatan, khususnya obsetrik, jagaan, penggunaan inokulasi, pendahuluan dalam pembedahan, dan langkah-langkah kebersihan.
          Perubatan moden pada kurun ke-20 menerima dorongan daripada gerhard domagk yang mendapati antibiotik pertama, silfanilamide, dan kemajuan groundbreaking dalam penggunaan penisilin. Kemajuan selamjutnya sudah dicirikan oleh kenaikan kemoterapi, penggunaan pemvaksinan, penggunaan pengetahuan dengan endocrine untuk merawat penyakit-penyakit yang menyebabkan daripada hormon keseimbangan, seperti penggunaan insulin untuk rawat diabetes, dan kefahaman dengan nutrisi dan peranan vitamin dalam kesihatan.
          Pada mac, 1953, Universiti Cambrige, England, Crick Francis, 35, dan Watson James, 24, mengumumkan “kami telah menjumpai rahsia hidup.” Mereka telah menguraikan komponen bahan kimia iaitu molekul asas bataan, asid deoxyribonucleic (dna), memberi sains dan ubatan dasar untuk molekul genetik dan panduan kepada revolusi dalam perubatan moden.

KATEGORI DALAM PERUBATAN
·        UBAT
·        PEMBEDAHAN

UBAT
                                                      



          Merupakan perubatan berhubung dengan diagnosis, penguusan dan penyakit-penyakit luar biasa atau serius. Ubat mengambil berat dalam penyakit-penyakit sistemik oleh orang dewasa, iaitu penyakit-penyakit yang menjejaskan badan secara menyeluruh, atau semua perubatan bukan bedah.

PEMBEDAHAN
          Merupakan perubatan yang mengubati penyakit atau luka dengan operasi manual serta peralatan untuk menyaisat dan merawat keadaaan penyakit atau kecederaan.
          Dalam sesetengah pusat, anesthesialogy juga sebahagian daripada pembedahan (untuk logistik dan tujuan perancangan), walaupun ia bukan disiplin pembedahan.

Kebaikan Perubatan Moden
Tempoh rawatan pendek
Ø Ia kerana memudahkan para doktor untuk merawat sesuatu penyakit tersebut
Kesakitan yang kecil
Ø Pesakit tidak akan mengalami kesakitan yang tinggi kerana mereka telah diberi ubat bis ataupun anestetik
Dipercayai oleh masyarakat
Ø Hal ini dapat dibuktikan dengan bnayaknya bukti klinikal (clinical proof)
Tumor dapat dirawati
Ø Tumor ataupun kanser dapat dirawat kerana kemajuan dalam bidang perubatan. Pesakit akan diberi ubat dan akan menjalani pembedahan
Ø Selain itu, kesan sampingan tumor dapat dikurangkan
Ø Kadar kematian juga dapat dikurangkan jika pesakit mendapat rawatan awal

Perubatan berlandaskan Al-Quran alkarim
Kitab suci al-Quran merupakan Kalam Allah yang agong yang menjadi rujukan dan panduan kepada seluruh umat Islam. Keistimewaan al-Quran apabila ia menjadi salah satu daripada mukjizat Nabi SAW. Apa yang diceritakan dan dikhabarkan dalam al-Quran adalah bersifat “hidup” dan tidak “basi” ditelan zaman sama ada kepada umat Islam pada masa lalu, sekarang mhupun akan datang hingga tibanya Kiamat. Jelas daripada ayat 9 surah al-Hajr, Allah SWT memberikan jaminan pemeliharaan al-Quran daripada segala bentuk penyelwenga,penambahan, dan pengurangan. Al-Quran yang ada dan dibacakan pada hari ini adalah menyamai al-Quran yang diturunkan kepada Nabi SAW.
Dalam pada itu, perkara yang meletakkan al-Quran itu sebagai penawar kepada penyakit adalah berdasarkan kepada keterangan ayat 82 surah al-Isra’, ayat 44 surah Fussilat dan ayat 57 surah Yunus.
Intipati ayat-ayat tersebut jelas menyatakan bahawa al-Quran mampu untuk membantu menyembuhkan penyakit manusia daripada jenis penyakit fizikal dan penyakit rohani. Berasakan kepada kenyataan ini, dapat dinyatakan bahawa menggunakan ayat-ayat al-Quran sebagai ruqyah penyembuhan penyakit merupakan tindakan yang berasas serta bertepatan dengan kehendak al-Quran itu sendiri.


KONSEP AYAT AL-QURAN SEBAGAI RUQYAH DALAM RAWATAN PENYAKIT

Apabila dirujuk kepada al-Quran, dalam konteks melihat al-Quran sebagai ruqyah kesembuhan penyakit dapat diteliti pemahaman terhadap beberapa ayat yang jelas menyebutkan hal tersebut.
Hadith daripada riwayat Abu Hurairah RA berkata:
Rasulullah SAW telah menugaskan aku untuk menjaga hasil zakat kutipan pada bulan Ramadhan (makanan dll), tiba-tiba datang seseorang yang mengambil makanan. Aku pun merampasnya (menangkapnya) dan berkata: “ Aku akan adukan hal kamu kepada Rasulullah SAW”. Kemudian aku pun menceritakannya, termasuk pesanan orang itu (kepadaku) yang berkata: “Jika kamu ingin tidur bacalah ayat al-Kursi nescaya kamu akan selalu berada dalam lindungan dan penjagaan Allah dan syaitan tidak akan menekatimu sehingga ke pagi.” Nabi SAW bersabda lagi: “Dia telah jujur kepadamu padahal dia adlah pendusta, dia itu adalah syaitan”
Hadith daripada Abi Hurayrah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“ Janganlah kamu menjadikan rumah-rumah kamu sebagai tanah peruburan. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah.”

Pertama: Melalui al-Quran Allah SWT menyatakan pendirianNya bahawa kalam Allah itu mampu untuk memberikan kesembuhan penyakit kepada manusia sama ada penyakit rohani mahupun jasmani (fizikal). Kenyataan ini berasaskan kepada keterangan daripada ayat 82 surah al-Isra’. Apabila dirujuk kepada tafsiran ayat ini, Fakhr al-Din al-Razi contohnya menyatakan bahawa keseluruhan al-Quran adalah penyembuh bagi orang-orang yang beriman. Ketahuilah bahawa kesembuhan itu adalah terhadap semua penyakit rohani dan juga penyakit rohani merangkumi dua jenis isitu penyembuhan dari sudut penyembuhan penyakit jasmani, didapati bahawa mengambil keberkatan dengan membacanya (yakni ayat-ayat al-Quran yang dijadikan sebagai Ruqyah) dapat membantu menyembuhkan banyak daripada penyakit manusia.

Kedua: Al-Quran diturunkan untuk membantu menyembuhkan penyakit rohani masyarakat. Antaranya adalah penyakit hati. Penyakit hati diesebutkan dalam beberapa ayat yang dikaitkan dengan sifat nifaq golongan munafik dan juga golongan yang kufur kepada Allah SWT. Kenyataan ini dapat dirujuk kepada beberapa tempat di dalam al-Quran seperti surah al-Baqarah ayat 10, surah al-Anfal ayat 49, surah at-Tawbah ayat 125, surah al-Hajj ayat 53, surah an-Nur ayat 50, surah al-Ahzab ayat 12 dan 60, surah Muhammad ayat 20 dan 29 dan surah al-Mudaththir ayat 31.
Selain daripada penyakit hati tersebut, terdapat beberapa jenis lagi penyakit rohani yang turut berkaitan dengan hati disebutkan dalam al-Quran iaitu hati keras (surah al-An’am ayat 34) dan penyakit riya’ (surah al-Nisa’ ayat 38) penyakit was-was (surah taha ayat 120 dan al-A’raf ayat 68) dan sifat membazir ( surah al-Isra’ ayat 27). Dengan bantuan dan petunjuk daripada al-Quran, pelbagai penyakit yang berkaitan rohani dapat diubati. Keterangan ini bertepatan dengan kenyataan bahawa Allah di dalam al-Quran dalam ayat 13 surah al-rad yang menyatakan bahawa hanya dengan mengingati Allah, merenung dan menghayatinya, pasti dekat dengan Allah dan dianugerahkan Allah ketenangan apabila sentiasa dekat denganNya.

Ketiga:  Al-Quran menyebutan penyakit yang pernah dihadapi oleh seseorang, lalu dikemukakan juga solusi dalam penyelesaian terhadap penyakit tersebut. Pengajaran ini dapat dirujuk kepada kisah Nabi Ayyub AS yang ditimpa penyakit kulit. Selepas menceritakan perihal tersebut, Allah SWT menyebutkan juga penyelesaian terhadap penyakit iaitu usaha daripada pihak baginda sendiri. Nabi Ayyub AS mengadu kepada Allah sehingga Allah SWT memerintahkan agar baginda menghentak kaki sehingga terpancarnya air. Air itu digunakan sebagai bahan rawatan melaliu kaedah munim dan mandi. Hal ini dicritakan dalam surah al-Anbiya’ ayat 83 dan surah Sad ayat 42. Demikian juga sebab penurunan tiga surah yang dinamakan al-Mu‘awwudhat iaitu gabungan antara surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas yang diturunkan untuk membantu menyembuhkan kesakitan yang dihadapi oleh Nabi SAW setelah baginda telah disihir oleh seorang Yahudi bernama Labid bin al-Sam.
Berdasarkan kepada keterangan yang disebutkan jelas memberi petunjuk bahawa al-Quran adalah kalam Allah yang boleh membantu untuk penyembuhan penyakit manusia sama ada penyakit rohani ataupun jasmani. Cuma, bagaimana manusia atau umat Islam menjadikan al-Quran itu sebgai penyembuhan adalah terletak kepada pemahaman, kemahuan dan kemahiran masing-masing.


MANFAAT PENUBATAN BERDASARKAN AL-QURAN
Ø Membantu memberikan jalan penyelesaian yang menurut islam kepada orang-orang yang sedang mengalami permasalahan hidup, baik berupa penyakit Alamiah mahupun penyakit akibat Sihir agar terhindar dan terlepas dari tipu daya syaitan.
Ø Mengajak orang-orang yang belum mengetahui jalan syariat di antara saudara-sausara kita agar menyelesaikan masalahnya secara berhemah dengan kembali kepada al-Quran yang dapat melindungi seseorang dari perkara-perkara negatif
Ø Menyelesaikan masalah dengan tidak menimbulkan masalh aru berupa fitnah yang menimpa hati berupa fitnah syahwat dan syunhah, fitnah kesalahan dan kesesatan, fitnah maksiat dan Bid’ah, fitnah kezaliman dan kebodohan yang mengakibatkan rosaknya ilmu, pandangan, pengetahuan dan eyakinan kepada Allah SWT.

PERSAMAAN ANTARA DUA PERUBATAN INI:
Ø Pendekatan perawatan yang sensitif kepada sosiobudaya dan agama adalah amalan terbaik (CULTURALLY-SENSITIVE)
Ø Perubatan moden dan islam membawa tujuan yang sama iaitu untuk merawat pesakit.


RUJUKAN




Saturday 2 February 2019

KAJIAN HAK-HAK PERHIMPUNAN DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA



NAMA AHLI KUMPULAN

-WAN MUHAMMAD IKHWAN BIN WAN MOHD NOOR  (02DKM18F2022)
-SHAHRULFAID BIN SHAHRAN (02DKM18F2010)
-NUR AFIQ SHAH BIN ROSLI  (02DKM18F2008)
-AHMAD RIFA'E BIN MALEK  (02DKM18F2016)


PENSYARAH

-PUAN CIK ROZANA BINTI MOHD KASIM



PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadratilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada

Puan Cik Rozana Binti Mohd Kasim

Pensyarah Matapelajaran Pengajian Malaysia (DUB 1012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang di beri ini. Sejajar dengan anjakan paradigma  dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina. Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini.  Begitulah juga  pembangunan  dalam  bidang  pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman.

PENGENALAN HAK-HAK PERHIMPUNAN DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

(rakyat malaysia bebas untuk berhimpun)


DALAM masyarakat demokratik, rakyat memainkan peranan penting menyemak dan mengimbangi (check and balance) cabang-cabang kerajaan supaya tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa. Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan digubal demi mengambil kira peranan ini.

Artikel itu mengiktiraf hak rakyat berhimpun secara aman, dengan syarat perhimpunan itu dilangsungkan tanpa senjata. Hak berhimpun memberi peluang kepada masyarakat untuk menyatakan pandangan mereka terhadap apa-apa keputusan ataupun dasar kerajaan.

Hak ini penting kerana melalui perhimpunan tersebut, kerajaan mampu mengukur sentimen awam terhadap sesuatu keputusan atau dasar. Tindakan dan langkah-langkah sewajarnya kemudian dapat di ambil untuk menangani isu tersebut.

Keberkesanan hak berhimpun ini dapat dilihat apabila pihak British terpaksa membatalkan rancangan mereka untuk menubuhkan Malayan Union ekoran bantahan masyarakat Melayu ketika itu.

Walaupun contoh ini adalah sebelum termeterainya Perlembagaan Persekutuan, namun ini contoh baik yang menunjukkan hak berhimpun memainkan peranan amat penting dalam membentuk sejarah Tanah Melayu.

Bagaimanapun, hak berhimpun di bawah Perlembagaan Persekutuan bukan suatu hak yang mutlak. Perhimpunan yang bertujuan mengganggu-gugat ketenteraman awam tidak diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan.

Di dalam kes Meor Safizal Meor Mohamed Amin & Yang Lain lwn. PP [2015] 4 CLJ 709, Hakim Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa: “Berhimpun secara aman bukanlah satu kesalahan, malah satu hak yang dijamin oleh per.10 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

Namun, seperti juga hak-hak kebebasan yang lain, hak ini bukanlah satu hak yang mutlak tanpa batasan atau sekatan. Perkataan ‘aman’ itu sendiri membawa maksud bebas daripada keadaan kacau-bilau, gangguan atau suasana yang tidak menyenangkan: lihat Kamus Dewan Edisi keempat.

Bukan sahaja perlu diadakan secara aman, per.10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan juga mengandungi syarat tersirat bahawa peserta perhimpunan tidak dibenarkan membawa apa-apa senjata semasa berhimpun. Justeru, perhimpunan yang menimbulkan keadaan kacau-bilau, gangguan atau suasana yang tidak menyenangkan bukanlah satu perhimpunan aman dalam erti kata per.10 Perlembagaan Persekutuan.

Begitu juga sekiranya ada dalam kalangan peserta yang membawa senjata. Mana-mana orang yang menyertai atau te­rus menyertai perhimpunan yang mempunyai unsur-unsur tersebut tidak boleh berselindung di sebalik per.10 Perlembagaan Persekutuan untuk melepaskan diri daripada tindakan undang-undang.”

Di samping itu, Artikel 10(2)(b) Perlembagaan Persekutuan juga memberi kuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang mengekang kebebasan berhimpun bagi kepentingan keselamatan negara atau ketenteraman awam. Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah salah satu contoh akta yang mengawal perhimpunan di negara ini.

Sebelum itu, perhimpunan awam di Malaysia dikawal selia oleh Seksyen 27 hingga 27 C Akta Polis 1967. Tanpa permit polis, satu perhimpunan atau perarakan lebih daripada tiga orang dianggap tidak sah dan menyalahi undang-undang di bawah Akta Polis 1967.

Akan tetapi, hak Parlimen untuk mengekang kebebasan berhimpun menurut Artikel 10(2)(b) Perlembagaan Persekutuan mestilah munasabah. Dalam kes Nik Nazmi Nik Ahmad v. PP [2014] 4 CLJ 944, Hakim Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa: “I have earlier referred to the decisions of our courts in Sivarasa Rasiah v. Badan Peguam Malaysia, supra, and Dr. Mohd. Nasir Hashim v. Menteri Dalam Negeri, supra, as requiring laws passed imposing fetters on the right of peaceable assembly under art. 10 to satisfy the test of “reasonable restrictions.” Sesuatu undang-undang yang tidak munasabah boleh diputuskan oleh Mahkamah sebagai tidak menurut Perlembagaan dan tidak sah.

Pada hemat penulis, bagi memastikan sesuatu perhimpunan itu dijalankan mengikut lunas undang-undang, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Bagi pihak yang berhimpun, mereka bertanggungjawab mematuhi peraturan dan mengikut arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa manakala bagi pihak berkuasa pula, mereka bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam kekal terjamin.

Salah satu contoh terbaik perhimpunan yang berjaya dijalankan dengan aman adalah perhimpunan Bersih yang diadakan di Dataran Merdeka pada Ogos tahun lepas dan perhimpunan baju merah yang diadakan di Padang Merbok pada September tahun lepas.

Kedua-dua perhimpunan ini mempamerkan kerjasama baik di antara pihak penganjur dan polis bagi memastikan tidak ada sebarang keadaan yang tidak diingini berlaku.

Tetapi, pada pandangan penulis, penghargaan utama seharusnya diberi kepada kerajaan kerana membenarkan perhimpunan-perhimpunan ini berjalan dengan lancar.

Keprihatinan kerajaan terhadap hak ini jelas mempamerkan suatu pengalihan dasar yang ketara yang pada suatu masa dahulu perhimpunan seumpama ini akan disekat.

Kita masih ingat sebarang perhimpunan dahulu akan dikerumuni oleh Pasukan Simpanan Persekutuan atau Federal Reserve Unit (FRU), walaupun perhimpunan itu dilangsungkan dengan aman.

Pelbagai rang undang-undang digunakan untuk menyekat perhimpunan-perhimpunan ini daripada dilangsungkan, termasuklah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Kita seharusnya memberi pujian kepada pihak-pihak yang berkenaan kerana akta ini telah dimansuhkan pada 2012. Jelas pengalihan dasar ini adalah suatu langkah yang amat bijak serta positif, selaras dengan dasar kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju.

Adalah menjadi harapan penulis agar mana-mana pihak yang berniat untuk menganjurkan perhimpunan memastikan penganjurannya berdasarkan lunas undang-undang. Ini bagi memastikan perhimpunan itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Jadikan kekacauan yang berlaku di Asia Barat akibat perhimpunan tanpa sekatan sebagai pedoman. Jangan sampai nasi menjadi bubur barulah kita menyesal kerana pada masa itu kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi.


Renung-renunglah...

AKTA PERHIMPUNAN 2012

Akta Perhimpunan Aman 2012 (singkatan: APA 2012), juga dikenali sebagai Akta 736 ialah suatu undang-undang yang mengawal selia bantahan awam dan perhimpunan aman di Malaysia. Akta ini membenarkan warga untuk menganjurkan dan turut serta dalam suatu perhimpunan dengan aman tanpa senjata, tertakluk kepada sekatan yang dianggap perlu dan demi kepentingan ketenteramandan keselamatan awam.

Akta ini digubal selepas empat bulan perhimpunan Bersih 2.0 dan dua bulan selepas kerajaan mengumumkan untuk meminda Akta Polis 1967. Ia dibentangkan di Parlimen pada 22 November 2011, diluluskan di Dewan Rakyat pada 29 November dan di Dewan Negara pada 20 Disember, sebelum mendapat perkenan diraja daripada KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong pada 30 Januari 2012.

APA 2012 telah dikritik keras oleh pihak pembangkang, yang mengatakan bahawa akta tersebut akan bertindak keras terhadap hak untuk membuat bantahan daripada melindunginya. Majlis Peguam dan ramai pemimpin persatuan sivil juga telah menyatakan suara membantah akta tersebut.


PERATURAN PERHIMPUNAN

Antara kandungan utama dalam APA2012 ini adalah kepada sesiapa yang mahu membuat perhimpunan aman di Malaysia. Antaranya termasuklah:
1.            Kanak-kanak yang berumur bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perhimpunan kecuali acara-acara yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri.
2.            Dilarang berhimpun di dalam atau dalam lingkungan 50 meter daripada kawasan-kawasan larangan seperti mana yang disenaraikan, termasuk hospital, sekolah dan tempat ibadat.
3.            Protes jalanan tidak dibenarkan sama sekali.
4.            Seksyen 8 membenarkan polis untuk mengambil sebarang langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan teratur dan berjalan lancar.
5.            Seksyen 9(5) membenarkan pihak polis mendenda pihak penganjur sebanyak tidak melebihi RM10,000 jika tiada notis awal diberikan;
6.            Seksyen 21(3) membenarkan pihak polis mendenda sesiapa yang telah ditahan sebanyak tidak melebihi RM20,000;
7.            Seksyen 20(1)(c) membenarkan pihak polis menahan sesiapa yang membawa, atau merekrut kanak- kanak untuk perhimpunan;
8.            Berumur kurang daripada 21 tahun adalah tidak dibenarkan untuk menganjur perhimpunan.
9.            Notis 10 hari sebelum perhimpunan diadakan.

FASAL

Ciri-ciri selepas pindaan

  • Fasal 4 : menyatakan hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan secara aman dan tanpa senjata di bawah Akta ini tidak meluas kepada yang berikut:

    • (a) seseorang bukan warganegara 
    • (b) perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat larangan dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan 
    • (c) suatu protes jalanan 
    • (d) berhubung dengan penganjuran suatu perhimpunan, seseorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun 
    • (e) berhubung dengan penyertaan dalam suatu perhimpunan selain perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, seseorang kanak-kanak.

  • Fasal 8 : Seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan berkenaan dikendalikan dengan teratur.
  • Fasal 9(1) : Penganjur hendaklah memberi notis mengadakan perhimpunan kepada polis daripada 30 hari kepada sepuluh hari.
  • Fasal 9(5) : Polis boleh mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.
  • Fasal 12(1) : Memendekkan tempoh untuk polis memaklumkan kepada pihak berkepentingan berhubung perhimpunan tersebut – daripada daripada 48 jam kepada 24 jam.
  • Fasal 12(2) : Tempoh untuk pihak berkepentingan membuat bantahan kepada polis ke atas notis perhimpunan berkenaan pula dipendekkan daripada lima hari kepada 24 jam.
  • Fasal 14 : Tempoh untuk polis memberikan respons ke atas bantahan berkenaan juga dipendekkan daripada 12 hari kepada lima hari.
  • Fasal 15 : Pemusatan kuasa serta budibicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai
  • Fasal 16 : Memendekkan tempoh rayuan yang dikenakan ke atas penganjur perhimpunan untuk membuat rayuan kepada menteri.[11]
  • Fasal 21 : Membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk menyuraikan sesebuah perhimpunan
  • Fasal 21(3) : Polis boleh mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam perhimpunan.
  • Tempat larangan - tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal pengangkutan, tadika dan juga sekolah - lingkungan 50 meter .

KESAN BAIK PERHIMPUNAN

Hikmah yang baik disebalik perhimpunan rasmi ialah dapat memupuk perpaduan masyarakat majmuk dengan mengadakan aktiviti bermanfaat yang melibatkan pelbagai kaum mengambil bahagian.Selain itu,faedah yang dapat diperoleh daripada perhimpunan rasmi ialah setiap individu dapat berkongsi idea-idea mereka untuk  memajukan negara dari aspek politik,ekonomi dan sosial dan membincangkan cabaran yang dihadapi negara.

            Akhir sekali,dapat membentuk negara yang aman dan bersatupadu apabila mereka saling hormat-menghormati dan memahami hak masing-masing.Dengan cara sebegini negara kita berpontensi menarik minat pelabur-pelabur dari luar datang ke Malaysia kerana mereka melihat negara kita bebas dari bencana alam dan kurang berlaku rusuhan atau pergolakan kaum malahan dapat bertukar-tukar ilmu dalam bidang tekologi.

Contoh Perhimpunan

   (HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT KL112)
         
  Contoh terbaik sebuah perhimpunan rakyat yang aman adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 yang telah berlangsung di Stadium Merdeka. Dengan ketiadaan Pasukan Simpanan Persekutuan atau Federal Reserve Unit kelihatan semasa perhimpunan tersebut, segala aktiviti yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar. Pertama kali dalam sejarah negara kita perhimpunan sebesar ini diadakan yang dihadiri oleh rakyat dari seluruh negara. Pihak polis juga tidak menggunakan kekerasan semasa menjalankan tugasnya, berbanding dengan yang telah dilakukan pada BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk demokrasi yang lebih telus.


KESAN BURUK PERHIMPUNAN

Perhimpunan Haram Akan Beri Kesan Pada Perdagangan dan Pelaburan Malaysia.

Perhimpunan haram yang dijangka pada Sabtu ini akan memberi kesan (negatif) kepada perdagangan dan pelaburan Malaysia, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.

Katanya perhimpunan haram itu akan mewujudkan satu kesan negatif kepada pelaburan langsung asing (FDI) yang meningkat secara signifikan, dari tahun ke tahun.
Mukhriz berkata kestabilan politik adalah kriteria yang sangat penting di dalam usaha negara ini untuk menarik FDI dan sehingga ini, Malaysia sangat berjaya di dalam usaha itu.
“Banyak pelabur, yang pada peringkat awalnya merancang melabur di negara jiran, telah mengalihkan rancangan mereka untuk melabur di Malaysia selepas berlaku krisis politik di negara yang disasarkan pada asalnya.
“Sekarang, jika kita berhadapan krisis yang sama di sini, tanggapan para pelabur terhadap Malaysia dan Asean, secara umumnya, akan menjadi negatif,” katanya kepada pemberita di sini Selasa selepas satu majlis perkongsian pengetahuan dengan kira-kira 45 pelajar universiti yang ditawarkan melakukan latihan di seberang laut.
– BERNAMA

Perhimpunan haram dikhuatiri cetus rusuhan kaum
KUCHING: Tindakan Persatuan Anak Muda Sarawak untuk mengadakan Perhimpunan Haram di Padang Merdeka, 31 Disember ini, mendapat kecaman dari Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Ketua Pemuda PBB, Datuk Haji Fadillah Yusof berkata, perhimpunan itu dikhuatiri akan mencetuskan pertelagahan antara kaum di Sarawak.
“Ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh mencetuskan suasana tidak tenteram, huru-hara dan menjejaskan keharmonian kaum yang dinikmati rakyat pelbagai kaum selama ini.
“Tindakan pihak terbabit sama sekali bercanggah dengan nilai-nilai budaya di Sarawak yang dihuni kira-kira 30 suku etnik yang selama ini hidup aman dan harmoni,” tegasnya.
Malah, katanya, rakyat beragama Kristian baru sahaja menyambut perayaan Krismas dalam suasana aman harmoni dengan budaya saling mengunjungi tanpa mengira kaum dan anutan agama berdasarkan konsep 1Malaysia yang menjadi nadi kekuatan perpaduan di Sarawak.
Menteri Kerja Raya itu menasihati rakyat di semua peringkat usia supaya tidak terpengaruh dengan hasutan persatuan terbabit atau mana-mana pihak berkepentingan yang mahu mencetuskan suasana huru-hara dan porak-peranda menerusi perhimpunan sedemikian.
“Kita perlu sama-sama memelihara keharmonian kaum dan keamanan di negara ini dengan menggunakan saluran yang betul untuk menyatakan rasa tidak puas hati, bukannya bertindak melakukan perhimpunan yang kononnya aman tetapi boleh bertukar menjadi insiden yang tidak diingini,” katanya.
Tambahnya, negara ini memiliki saluran demokrasi berparlimen dan Dewan Undangan Negeri atau kepada kementerian untuk menyampaikan rasa tidak puas hati atau apa jua masalah tanpa perlunya mencetuskan huru-hara.
“Saya menggesa semua pihak memelihara keamanan  dan keharmonian kaum dengan menghindarkan diri daripada terlibat dengan perhimpunan sedemikian demi mengelakkan kejadian tidak diingini tercetus di negara yang kita cintai ini,” ujarnya.
PBB akan memantau keadaan dan akan membuat laporan polis sekiranya perlu.
Jika tidak, perkara itu mampu mengganggu keharmonian dan kestabilan yang akan dikecapi menjelang ambang tahun baru nanti dengan insiden yang tidak dijangka.
“Justeru, kita perlu sama-sama memfokuskan perhatian dalam usaha untuk membangunkan negeri Sarawak demi kesejahteraan rakyat, bukan sebaliknya.
“Apa yang kita harapkan adalah sambutan kali ini diraikan secara aman tanpa melibatkan perhimpunan jalanan yang diharapkan oleh pihak tertentu untuk mengucar-kacirkan keadaan,” katanya.

Perhimpunan haram salah di sisi undang-undang.
Mari saya terangkan dalam perlembagaan persekutuan Malaysia, Perkara 10,Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuh Persatuan. bermaksud

Setiap warganegara mempunyai hak untuk bebas bercakap bagi mengeluarkan buah fikiran, berhimpun secara aman dan berhak menubuhkan persatuan.

Begitulah perkara yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Kebebasan bercakap dihadkan kepada kata-kata yang tidak menjadi fitnah, kata-kata yang tidak menjadim hasutan, kata-kata yang tidak mencerca mahkamah atau yang melanggar hak keutamaan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

 Sesiapa yang menyebut, menulis, mencetak, menjual atau menyiarkan perkataan-perkataan yang mempunyai maksud hasutan dan menyoal perkara-perkara sensitif seperti seperti hak keistimewaan orang Melayu dianggap sebagai melakukan kesalahan mengikut undang- undang dan mereka boleh dihukum sehingga lima tahun penjara atau denda sebanyak Rm5000.

Warganegara juga berhak untuk berhimpun secara aman tanpa bersenjata. Sungguhpun demikian, perhimpunan yang terdiri daripada 15 orang atau lebih adalah haram di sisi undang-undang jika maksudnya adalah untuk menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan kerajaan atau pihak yang berkuasa. Di samping itu juga, isu-isu sensitif tidak boleh dibangkitkan dalam perhimpunan dan pengucapan umum.

Selain itu, setiap warganegara Persekutuan berhak menubuhkan persatuan dengan syarat persatuan tersebut tidak mengugat kepentingan, keselamatan dan ketenteraman awam. Sesebuah persatuan itu akan dibatalkan pendaftarannya sekiranya difikirkan pertubuhan itu digunakan untuk maksud yang memudaratkan kepentingan keselamatan Persekutuan dan keamanan awam.


Jelas dalam Perlambagaan Persekutuan Malaysia Perkara 10, Tidak melarang rakyat untuk mengadakan perhimpunan asalkan tidak mengganggu ketenteraman awam dan menggugat keselamatan negara. Tetapi sekiranya perhimpunan yang terdiri dari 15 orang atau lebih merupakan PERHIMPUNAN HARAM disisi undang-undang,apalagi kalau perhimpunan tersebut bertujuan mengugat, kepentingan, keselamatan dan ketenteraman awam.

saya percaya perhimpunan HARAM yang akan diadakan nanti merupakan satu perhimpunan HARAM yang akan menimbulkan kekacauan menganggu gugat keselamatan rakyat dan sekali gus mengancam keselamatan negara.
Adalah tidak masuk akal sekiranya mengumpul 300,000 ORANG semata-mata hanya untuk menyerahkan satu memorandum.

walhal penyerahan ini boleh dihantar sendiri melalui jalan atau melalui prosedur yang sah.
Saya melihat perhimpunan Haram yag akan diadakan ini merupakan satu hasutan dan bukan bercakap mengenai demokrasi. Inilah maksud sebenar tujuan perhimpunan HARAM ini dilakukan dan sekaligus mahu melihat keadaan negara menjadi kacau bilau dan menganggu gugat keselamatan rakyat, malah kesan yang paling teruk ialah ekonomi negara turut terjejas dan Selain soal keselamatan,perhimpunan haram itu akan memberi kesan kepada ekonomi negara yang kini pesat berkembang serta menjadi perhatian pelabur asing untuk menanam modal.

selain dari itu pendapatan peniaga dikawasan yang terlibat juga akan mengalami kerugian. Pada ,tahun 2007 adalah contoh terbaik di mana ramai peniaga menanggung kerugian akibat perhimpunan yang sama.
Kebiasanya Pada bulan julai merupakan kedatangan pelancong dari timur tengah paling ramai setiap tahun dan jika perhimpunan berlaku ia boleh menakutkan para pelancong dan sekaligus mengambarkan imej buruk kepada Malaysia. Sedangkan Malaysia dikenali oleh dunia luar sebagai negara yang aman dan makmur tanpa persengketaan.

Kalau mereka mengatakan SPR tidak telus dan tidak bersih, Pembangkang telah pun menguasai 5 negeri dan jikalau mereka mahu berkempen saya lihat di FB, twitter dan blog tidak pernah sunyi dari menceritakan perihal politik untuk meraih sokongan rakyat walaupun secara tidak jelas. walaupun pilihanraya umum ke 12 sudah berlalu hampir 3 tahun namun persada politik malaysia tidak pernah sunyi dari bercerita soal politik dan saban hari kita dihidangkan dengan cerita2 politik yang tidak pernah surut.

Bukankah itu juga salah satu cara berkempen walaupun tidak jelas namun sedikit sebanyak dapat mempengaruhi minda masyarakat diluar sana dan setakat ini saya sendiri tidak pernah melihat atau mendengar pihak SPR melarang semua parti di malaysia berhenti untuk bercerita soal politik.
Saya percaya rakyat malaysia semakin bijak untuk melihat dan mentafsir sendiri apa maksud disebalik perhimpunan ini diadakan. Justeru itu saya percaya rakyat malaysia yang mencintai keamanan dan kedamaian akan mengutuk dan menolak sekeras-kerasnya perhimpunan ini.

CONTOH PERHIMPUNAN


Perhimpunan bersih 2.0 merupakan perhimpunan yang paling teruk bagi tahun 2009. Dimana ia gagal mendapat permit. Sebagai mana semua tahu, sesebuah perhimpunan yang diadakan perlu mendapat permit daripada pihak pentadbiran. Jikalau tidak, ia dianggap sebagai perhimpunan haram dan pihak berkuasa seperti PDRM boleh menghalang ia dilangsungkan. Sebuah pasukan khas iaitu (FRU) telah dipertanggungjawabkan untuk mengawal sesebuah perhimpunan itu. Dan pihak PDRM telah mewar-warkan agar orang awam tidak dibenarkan untuk menghadiri perhimpunan tersebut. Barang siapa ditangkap akan di kenakan tindakan.

Pendapat Tokoh-tokoh negara berkenaan Perhimpunan Haram


  • Perhimpunan haram 9 Julai ini sebenarnya digerakkan oleh pihak yang tidak sabar untuk berkuasa dan bukannya kerana pilihan raya di negara ini tidak bersih. 
  • "Tindakan kumpulan pengacau itu mengadakan perhimpunan haram itu adalah untuk mendapatkan kembali sokongan yang mereka dapat semasa pilihan raya umum 2008 memandangkan kini momentum sokongan rakyat kembali berpihak kepada BN." -Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak


  • Orang awam tidak sepatutnya terlibat dengan perhimpunan berkenaan yang hanya akan menimbulkan masalah kepada ketenteraman awam.
  •  "Saya memantau keadaan ini, lagi pun sudah beratus-ratus laporan kita terima yang tidak menyokong perhimpunan ini." - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (kanan) 
  • "Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta penjawat awam supaya tidak terlibat dengan kegiatan 9 Julai ini. "Semua 1.2 juta penjawat awam di negara ini terikat dengan Aku Janji yang ditandatangani ketika mereka mula berkhidmat yang melarang mereka terlibat dalam aktiviti seperti itu." -Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman
  • "Bersih dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk memajukan agenda politik tersendiri dan tidak sama sekali memperjuangkan hak-hak rakyat seperti yang diperkatakan. 
  • "Sememangnya pilihan raya di Malaysia adalah dijalankan dengan adil dan saksama dan buktinya ialah bilangan ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri daripada pihak pembangkang ketika ini." - Presiden Parti Makkal Sakti Datuk RS Thanenthiran (kiri)
  • "Perhimpunan ini hanya akan menyusahkan orang ramai dan menjejaskan pendapatan peniaga kecil dan pemandu teksi yang antara mereka merupakan anggota persatuan itu.- Pemangku Presiden Persatuan Bekas-bekas Polis Malaysia (PBPM) Datuk Yusuf Hamdain Diego.
  • "Tindakan mengadakan perhimpunan itu bukan sahaja bakal menyebabkan kesusahan kepada orang ramai bahkan menjejas imej negara yang selama ini menyerlah di mata dunia. "Apa perlu adanya demonstrasi? Kita faham kalau dah ramai berdemonstrasi, pastinya keadaan tidak akan aman apatah lagi bila berlaku pertembungan dua kumpulan. Yang menjadi mangsa ialah rakyat."- Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) Syed Anuar Syed Mohamad 



Di antara kesan selepas Perhimpunan Haram 2.0 yang berlaku pada tahun 2009

· Seramai lebih kurang 1600 peserta ditangkap termasuk beberapa pemimpin atasan. Tetapi telah dibebaskan secara berperingkat-peringkat dengan jaminan polis.

· Kerosakan harta benda yang dianggarkan kerugian berjumlah RM100 juta.
·Peniaga-peniaga kecil di sekitar lokasi perhimpunan terpaksa menanggung kerugian dianggarkan lebih kurang RM30 juta kerana tidak boleh berniaga pada hari tersebut menyebabkan pendapatan mereka terjejas.
·Polis terpaksa membelanjakan sehingga RM40 ribu semata-mata untuk menyediakan makanan (bufet) dan kemudahan kepada peserta-peserta yang ditangkap.
·Beberapa Majlis Perkahwinan terganggu dan terjejas berikutan jalan ditutup dan kesesakan berlaku menyebabkan ramai yang terperangkap gara-gara peserta perhimpunan.
· Sampah sarap yang ditinggalkan peserta tidak dibersihkan selepas perhimpunan berakhir. Tak sepertimana yang dilaung-laungkan pihak penganjur yang sukakan kebersihan.
·Kematian salah seorang peserta perhimpunan akibat serangan jantung.( Mungkin Disebabkan Polis)
· Pekerja yang berkerja sekitar lokasi perhimpunan terganggu.
· Mengganggu urusan orang ramai yang mahu berurusan di lokasi perhimpunan.
· penganjuran perhimpunan haram dilihat mempunyai agenda politik gara-gara penglibatan pemimpin politik. ( Mungkin)
· Penganjuran lebih dilihat sebagai perpecahan kaum terutamanya Melayu biarpun tujuannya bersih. Cuma caranya sahaja dilihat tidak profesional dan seakan tidak bertamadun.
·Industri pelancongan juga turut terjejas. Pelancong asing meragui keselamatan mereka untuk berkunjung ke Malaysia.
· Mencemarkan nama baik negara sendiri di mata dunia. Tumpuan dunia tertumpu di Malaysia tanpa mengetahui status sebenar apa yang berlaku jika maklumat yang disampaikan itu kurang tepat.
· Apa yang dirisaukan jika Baginda YDP Agong Akan mengumumkan Daurat. Sudah pasti negara huru-hara. Dan keselamatan negara akan tergugat.




RUMUSAN

Oleh itu, Hak untuk berhimpun adalah hak setiap warganegara Malaysia mengikut Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan. Hak tersebut membuka ruang untuk seorang warganegara berhimpun secara aman, tanpa senjata. Hak berhimpun diiktiraf dalam undang-undang antarabangsa seperti Artikel 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan Artikel 21 Waad Antarabangsa Mengenai Hak Awam dan Politik (ICCPR).

Dalam sebuah masyarakat sivil yang demokratik, adalah amat penting untuk suara rakyat disampaikan ke peringkat keputusan tertinggi negara ini. Rakyat perlu melibatkan diri dalam pelaksanaan keputusan negara, sama ada secara langsung atau tidak, dan salah satu caranya adalah dengan meluahkan pendapat masing-masing melalui perhimpunan aman, serta bantahan ataupun cadangan. Melalui demonstrasi dan perhimpunan rakyat, warga Malaysia dapat melalui satu proses luah perasaan untuk melepaskan rasa tidak puas hati terhadap keputusan-keputusan kerajaan yang mewakili kuasa terbesar negara. Disebabkan kuasa yang bagaikan mutlak di dalam tangan kerajaan, maka amat mudah untuk pihak kerajaan melanggar hak asasi seorang individu ketika menjalankan urus tadbir negara. Himpunan rakyat adalah penting bagi rakyat memastikan kerajaan boleh bertindak muhasabah dan melakukan penambahbaikan dalam pentadbiran mereka setelah mendapat maklumbalas dalam bentuk bantahan awam sebegini.

Himpunan rakyat wujud sebagai satu landasan untuk pandangan rakyat didengari, sama ada oleh pihak kerajaan mahupun di peringkat antarabangsa. Pandangan ini bukan sahaja mewakili suara bilangan peserta di perhimpunan tersebut, tetapi juga harapan mereka untuk melihat kehidupan yang lebih baik melalui desakan kepada pihak tertentu untuk mengambil tindakan. Ia juga boleh dilihat sebagai suatu kaedah ‘civil disobedience’, dimana desakan dibuat terhadap pihak kerajaan supaya tuntutan rakyat dipenuhi. Di dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, suara rakyat adalah amat penting, maka sebuah demokrasi tidak akan sempurna tanpa protes ataupun perhimpunan rakyat, yang keduanya merupakan elemen penting dalam pembinaan masyarakat sivil yang berasaskan Kedaulatan Undang-Undang dan menghormati Keluhuran Perlembagaan.

Walaubagaimanapun, tiada hak yang mutlak yang wujud di dunia ini, dan kawalan perlulah dilaksanakan untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam. Artikel 10(2)(b) memberi kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang mengekang kebebasan berhimpun atas alasan keselamatan negara dan ketenteraman awam. Di Malaysia, kita melihat Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai undang-undang utama yang mengawal perhimpunan aman di negara ini. Kekangan tersebut haruslah munasabah dan tidak menyekat kebebasan seseorang individu sehingga haknya tidak dapat dipraktikkan langsung. Jikalau kita mengkaji Akta Perhimpunan Aman tersebut, timbul juga beberapa seksyen yang tidak munasabah. Protes jalanan ditetapkan sebagai haram, dan protes jalanan diberi maksud perjumpaan di sesuatu tempat yang bergerak ke sesuatu tempat dalam kumpulan yang besar untuk tujuan tertentu. Individu berumur kurang daripada 21 tahun tidak dibenarkan berhimpun, dan ini bercanggahan dengan Artikel 15 Konvesyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, di mana kanak-kanak juga ada hak untuk berhimpun. Notis 10 hari tentang perhimpunan juga perlu diberi kepada pihak polis untuk himpunan di tempat yang bukan disediakan untuk himpunan. Pelanggaran syarat boleh menyebabkan penganjur didenda. Notis tersebut bukanlah untuk meminta kebenaran dari pihak polis untuk berhimpun, tapi tujuannya adalah untuk memberitahu polis untuk mengawal traffik demi memastikan perhimpunan tersebut berjalan dengan lancar.

Pihak kerajaan haruslah menghormati Kedaulatan Undang-Undang serta Keluhuran Perlembagaan, seperti mana yang terkandung dalam Rukun Negara, dan tidak menggubal undang-undang yang tidak berasaskan semangat kedaulatan undang-undang.

Contoh terbaik sebuah perhimpunan rakyat yang aman adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 yang telah berlangsung di Stadium Merdeka dan juga Himpunan BERSIH 5. Dengan ketiadaan Pasukan Simpanan Persekutuan atau Federal Reserve Unit kelihatan semasa perhimpunan tersebut, segala aktiviti yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar. Pertama kali dalam sejarah negara kita perhimpunan sebesar ini diadakan yang dihadiri oleh rakyat dari seluruh negara. Pihak polis juga tidak menggunakan kekerasan semasa menjalankan tugasnya, berbanding dengan yang telah dilakukan pada BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk demokrasi yang lebih telus.


Dengan ini, saya ingin menekankan bahawa himpunan rakyat tidak akan mengugat keamanan negara sekiranya semua pihak memberikan kerjasama. Pihak polis perlu menjaga ketenteraman awam supaya pihak yang ingin menimbulkan huru-hara dihalang dari berbuat demikian. Penganjur pula perlu memastikan perjalanan aktiviti sepanjang perhimpunan berjalan dengan lancar. Manakala peserta perlu mematuhi arahan pihak penganjur dan pihak polis, serta berkelakuan baik semasa perhimpunan tersebut. Hak untuk berhimpun secara aman perlulah disanjungi dan dihormati oleh semua pihak, termasuklah pihak kerajaan.

LAMPIRAN

(HIMPUNAN PAS &FASTAQIM 2.0) 

 (HIMPUNAN RAKYAT SAYANGI MALAYSIA)

 (HIMPUNAN BANTAH ICERD)

 (HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112)

(HIMPUNAN BERSIH 5)

RUJUKAN

BUKU

Normurni Mohamad , Razana Fatin Abdullah @ Razali dan Muhammad Faizal Ahmad 
Siri Politeknik Pengajian Malaysia : Edisi terkini Oxford Fajar
Perkembangan Perlembagaan Malaysia oleh Mohd Aris Hj Osman (Fajar Bakti 1983)
Buku Perlembagaan Malaysia oleh Abdul Aziz Bari (Ayah Pendidikan Sdn Bhd)


INTERNET 


SEKIAN







Konsep Kejiranan Dan Hak-Hak Jiran

  Konsep Kejiranan Dan Hak-Hak Jiran Nama Ahli Kumpulan : 1) Muhammad Alif Asyraff Bin Abd Aziz (02DKM18F2040)2) 2) Muhammad Izzuddin Amin B...