Sunday 18 April 2021

Konsep Kejiranan Dan Hak-Hak Jiran

 




Konsep Kejiranan Dan Hak-Hak Jiran

Nama Ahli Kumpulan:

1) Muhammad Alif Asyraff Bin Abd Aziz (02DKM18F2040)2)
2) Muhammad Izzuddin Amin Bin Badrul Isham(DKM18F2038)
3) Wan Muhammad Ikhwan Bin Wan Mohd Noor (DKM18F2022)
4) Vinod A/L Arjunan (DKM18F2024)

Nama Pensyarah :Puan Wan Ruswani Binti Wan Abdullah

PENGENALAN

Kejiranan adalah antara aspek sosial yang penting dalam usaha membina masyarakat bersatu padu, harmoni dan sejahtera. Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialan amalan hidup berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalngan masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya. Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran merupakan salah satu cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam perlu saling menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda. Hubungan baik sesama jiran perlu sentiasa dijaga seperti yang dituntut dalam agama. Pada era globalisasi masa kini,konsep kejiranan semakin pudar dan tidak diberikan perhatian sewajarnya, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat bandar. Justeru itu, tidak hairanlah ramai yang tidak mengenali jirannya walaupun tinggal sebelah menyebelah. Jika pun mengenali tetapi ramai yang tidak merasakan kemesraan berjiran apatah lagi perasaan untuk mengambil berat tentang hal ehwal jiran. Kemesraan dan keseronokan berjiran tidak terasa kerana aspek interaksi yang positif dan membina diabaikan. Pelbagai alasan diberikan seperti tidak mahu jaga tepi kain orang, terlalu sibuk dan sebagainya. Oleh itu , dalam blog ini akan mendedahkan definisi kejiranan, konsep kejiranan , langkah-langkah memupuk semangat kejiranan,kepentingan semangat kejiranan dan hak-hak jiran.


KONSEP KEJIRANAN DALAM ISLAM 

2.1 DEFINISI JIRAN

Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.

Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :

Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga

(Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.)

 

 


Jenis-Jenis Jiran



Kejiranan amat penting didalam pembentukkan tamadun Islam selepas pembentukan sahsiah individu dan keluarga. Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagimana tidak membawa kemudaratan. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menggangu pengamalan mereka seperti orang-orang beragama Hindu akan meletakkan tokong mereka diluar rumah, maka hormatilah kerana selagi ia tidak membawa bahaya. Didalam agama Islam, jiran dibahagikan kepada tiga kategori dan haknya yang tersendiri. Ia terdiri daripada;

 

1.     Jiran Sesama Muslim Yang Mempunyai Hubungan Persaudaraan

Jiran sesama muslim yang mempunyai hubungan persaudaraan ialah saudara terdekat kita, oleh itu, jika kita mempunyai jiran jenis yang pertama ini, mereka berhak mendapat layanan sebagai seorang muslim, kerabat serta sebagai seorang jiran.

 

2.    Jiran Muslim Yang Tidak Mempunyai Hubungan Persaudaraan

Walaupun mereka bukan terdiri daripada darah daging kita atau suadara kira, tetapi kita perlulah menghormati mereka dan sentiasa bersikap baik kerana mereka mempunyai hak sebagai seorang muslim dan sebagai seorang jiran.

 

3.      Jiran Bukan Islam

Jiran yang bukan beragama Islam, tidak boleh diangga sebagai musuh. Hal ini kerana mereka tetap mempunyai hak sebagai seorang jiran. Oleh itu kita masih perlu menghormati mereka  dan tidak menyakitki mereka seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W;

 “ Barang siapa yang menyakiti orang asing, bererti dia menyakiti diriku, dan barang siapa yang menyakiti aku bererti dia menyakiti Allah.” 

 

 

KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN



Dikisahkan pada suatu hari Rasulullah SAW berkunjung menemui Abu Dzar yang sedang memasak kuah lalu Baginda berkata : “ wahai Abu Dzar, jika kamu memasak, perbanyakkanlah airnya. Kemudian, berilah jiran tetanggamu daripada masakanmu itu dengan baik. “

 

Islam menekankan hubungan baik sesama jiran tetangga. Hal ini demi melahirkan suatu kehidupan dalam masyarakat yang harmoni. Mungkin sesuatu barangan yang kita sedekah atau beri kepada jiran tidaklah seberapa nilainya bagi seorang manusia tetapi disisi Allah, nilai ganjarannya adalah pahala.

 

Sabda Baginda SAW bermaksud :

 

Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia menghormati tetamunya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata dengan baik dan hendaklah ia diam.”

                                                                                                              (Hadis riwayat Muslim)

 

 

Pesanan Nabi SAW menunjukkan bahawa kehidupan seorang mukmin tidaklah sempurna di kaca mata Islam apabila hubungannya bersama jiran tetangga tidak dipelihara dengan baik serta hidup dengan aman harmoni.

 

HAK HAK JIRAN

Rasulullah s.a.w. selalu dipesan oleh malaikat Jibril supaya berbuat baik kepada jiran. Dalam sebuah hadis sahih; diriwayatkan daripada Aisyah r.a. Baginda Mulia telah bersabda: “Jibril sentiasa berpesan kepadaku tentang jiran, sehingga aku menyangka Jibril akan menjadikan jiran itu sebagai waris (kepada jirannya).” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Tirmizi).

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidak sempurna iman, jika kamu tidur dalam kekenyangan sedang jiran tetangga mu menangis kerana kelaparan.

 

Kes sosial yang pertama dibicarakan di mahkamah Allah Subhanahuwata’ala di hari kiamat ialah tentang jiran, samada kita mendakwa jiran atau jiran yang akan mendakwa kita. Misalnya jiran kita uzur, miskin dan kita tidak pernah menolongnya. Dalam kes sepetti ini, jiranlah yang akan mendakwa kita di akhirat nanti.

 

At-Tabrani meriwayatkan daripada Jabir r.a. daripada Nabi s.a.w., Baginda bersabda; “Jiran itu 3 golongan iaitu, jiran dengan 1 hak, iaitu jiran yang musyrik. Dia hanya ada hak kejiranan. Kedua, jiran dengan 2 hak iaitu jiran yang beragama Islam. Dia ada hak kejiranan dan ada hak Islam dan yang ketiga jiran dengan 3 hak iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Dia ada hak kejiranan, ada hak Islam dan ada hak hubungan kekeluargaan.”

 

Satu ketika Rasulullah SAW berkumpul bersama dengan para sahabat. Kemudian salah seorang sahabat berkata bahawa dia memiliki seorang jiran wanita yang sering berpuasa disiang hari dan di malam harinya bersembahyang tahajjud. Tetapi Rasulullah mengatakan bahawa wanita itu adalah ahli Neraka. Sahabat bertanya, mengapa demikian. Jawab Baginda Rasulullah SAW, “Wanita itu selalu menyakiti jiran tetangga dengan lidahnya, tidak ada kebaikan lagi baginya dan dia adalah ahli Neraka.

 

 

 

HAK-HAK JIRAN DALAM ISLAM

Sebagai jiran kita, masing-masing ada kewajipan dan ada hak. Abdullah Nasih `Ulwan dalam bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, ada memberikan empat asas yang semua pihak patut fahami, malah mengamalkannya:



a) Jangan menyakiti jiran

         Dasar ini memberi erti tidak boleh sama sekali melakukan zina, mencuri, mengutuk dan mencampakkan sampah sarap ke rumah jiran atau membuang perut ikan di dalam longkang ketika proses memasak sehingga bau busuk melepasi hingga ke rumah jiran, lalat dan langau yang datang menghurung sampah sarap dan perut ikan juga boleh menggangu ketenteraman jiran . Jadi perbuatan buruk terhadap jiran anda itu amatlah salah. Leih dasyat lagi apabilan terdapat jiran yang sanggup melakukan zina atau melakukan pencurian terhadap jiran adalah sepuluh kali ganda lebih buruk daripada melakukannya kepada pihak lain.

 
b) Memelihara jiran

Setiap daripada kita wajib memelihara kepentingan jiran. Sikap ini menandakan hati yang bersih. Sekali lagi Nabi SAW mengingatkan umatnya agar sentiasa

 

مَنْ اَقرَّ عَيْنَ مُؤْمِنِ اَقَرَّ اللهُ عَيْنَهُ يَوْمَ اَلْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Barang siapa memberikan kegembiraan kepada seorang mukmin, maka Allah akan memberikan kegembiraan kepadanya pada hari kiamat”.

 

Jika kita menjaga kepentingan mereka umpamanya memantau rumahnya ketika jiran tetangga pulang ke kampung halaman semasa musim perayaan atau cuti panjang daripada diceroboh oleh pencuri dengan memaklumkan jiran tersebut lalu terus melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis, kita sebenarnya telah berbuat baik kepada jiran dengan menjaga kepentingan mereka. Bayangkan situasi ketika hari kiamat, tiada siapa yang boleh membantu kita kecuali Allah SWT. Dunia menjadi kelam kabut, manusia dan alam seluruhnya menjadi seperti debu-debu yan11g berterbangan. Pada saat itulah kita mengharapkan pertolongan Allah. Penulis sangat yakin dan percaya bahawa Allah SWT tidak pernah memungkiri janjiNya


Berbuat baik kepada jiran 

       Dengan maksud jika jiran bergembira seperti dapat menantu, anak-anak lulus dengan baik dalam peperiksaan atau pelajaran, maka ikutlah sama memberikan tahniah dan jika mereka berduka kerana kematian keluarganya, berilah takziah, walaupun bukan seagama. Malah jika mereka ditimpai sakit ziarahilah mereka. Jika anda bertemu berilah salam atau sapalah mereka. Ertinya, jika ada keperluan mereka kepada pertolongan, mereka hendaklah dibantu. Dalam hal ini nabi Muhammad s.a.w. meletakkan mereka yang menghormati jiran itu sebagai tanda orang yang beriman.

 

 LANGKAH LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

Langkah yang paling pragmatik untuk memupuk semangat kejiranan ialah ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa merupakan guru pertama dan guru terbaik kepada anak-anak. Jika ibu bapa menunjukkan teladan  yang baik kepada anak-anak maka mereka akan mencontohi teladan yang ditunjukkan kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah mengunjungi atau menziarahi jiran tetangga walaupun mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak. Selain itu, ibu bapa haruslah tidak sombong dengan jiran dan sering bertegur-sapa agar dapat memupuk semangat kejiranan. Kesannya, semangat kejiranan dapat dipupuk antara jiran dalam kalangan anak-anak dan ibu bapa sekali gus dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sekiranya cara memupuk semangat kejiranan dapat dipupuk oleh ibu bapa maka negara dapat melahirkan generasi yang bijaksana dan bekerjasama dalam mentadbir membangunkan negara ke  arah kemajuan  negara pada masa akan datang. Tegasnya, contoh teladan yang terbaik daripada ibu bapa mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan anak-anak.

 

                Memetik wasitah nirmala seterusnya, uslub lain untuk memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat setempat di Malaysia ialah program rukun tetangga  di kawasan perumahan mesti dihidupkan semula. Hal ini kerana program rukun tetangga berfungsi sebagai perisai untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari.  Anggotanya membabitkan semua pihak tanpa mengira kaum kerana masing-masing bertanggungjawab menjaga keselamatan kendiri dan keluarga. Sebagai contohnya, anggota rukun tetangga akan bergilir-gilir bertugas meronda kawasan tanpa mengira usia, agama dan status. Secara ghalibnya, senario ini akan mewujudkan  jalinan hubungan yang mesra bagai isi dengan kuku sekali gus memupuk semangat kejiranan yang hakiki. Menurut Tun Dr. Mahathir, jiran yang muafakat akan membentuk masyarakat yang harmoni. Oleh itu, kita perlu mengaktifkan program rukun tetangga bagi melahirkan semangat kejiranan yang utuh dan bersatu padu.

 

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kita dituntut untuk berlaku baik kepada jiran kerana tuntutan tersebut datang daripada al-Quran dan juga hadith Nabi SAW. Selain itu juga, Allah SWT menyediakan hukuman yang berat kepada orang-orang suka menyakiti jirannya. Tambahan pula, Islam mengajar umatnya agar sentiasa bersabar dalam setiap perkara yang menimpa serta berusaha untuk menyelesaikannya dengan sebaik mungkin. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa berlaku baik kepada jiran serta memasukkan kita ke dalam syurga di akhirat nanti. Amin.

 



Konsep Kejiranan Dan Hak-Hak Jiran

  Konsep Kejiranan Dan Hak-Hak Jiran Nama Ahli Kumpulan : 1) Muhammad Alif Asyraff Bin Abd Aziz (02DKM18F2040)2) 2) Muhammad Izzuddin Amin B...