Saturday 2 February 2019

KAJIAN HAK-HAK PERHIMPUNAN DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA



NAMA AHLI KUMPULAN

-WAN MUHAMMAD IKHWAN BIN WAN MOHD NOOR  (02DKM18F2022)
-SHAHRULFAID BIN SHAHRAN (02DKM18F2010)
-NUR AFIQ SHAH BIN ROSLI  (02DKM18F2008)
-AHMAD RIFA'E BIN MALEK  (02DKM18F2016)


PENSYARAH

-PUAN CIK ROZANA BINTI MOHD KASIM



PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadratilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada

Puan Cik Rozana Binti Mohd Kasim

Pensyarah Matapelajaran Pengajian Malaysia (DUB 1012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang di beri ini. Sejajar dengan anjakan paradigma  dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina. Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini.  Begitulah juga  pembangunan  dalam  bidang  pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman.

PENGENALAN HAK-HAK PERHIMPUNAN DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

(rakyat malaysia bebas untuk berhimpun)


DALAM masyarakat demokratik, rakyat memainkan peranan penting menyemak dan mengimbangi (check and balance) cabang-cabang kerajaan supaya tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa. Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan digubal demi mengambil kira peranan ini.

Artikel itu mengiktiraf hak rakyat berhimpun secara aman, dengan syarat perhimpunan itu dilangsungkan tanpa senjata. Hak berhimpun memberi peluang kepada masyarakat untuk menyatakan pandangan mereka terhadap apa-apa keputusan ataupun dasar kerajaan.

Hak ini penting kerana melalui perhimpunan tersebut, kerajaan mampu mengukur sentimen awam terhadap sesuatu keputusan atau dasar. Tindakan dan langkah-langkah sewajarnya kemudian dapat di ambil untuk menangani isu tersebut.

Keberkesanan hak berhimpun ini dapat dilihat apabila pihak British terpaksa membatalkan rancangan mereka untuk menubuhkan Malayan Union ekoran bantahan masyarakat Melayu ketika itu.

Walaupun contoh ini adalah sebelum termeterainya Perlembagaan Persekutuan, namun ini contoh baik yang menunjukkan hak berhimpun memainkan peranan amat penting dalam membentuk sejarah Tanah Melayu.

Bagaimanapun, hak berhimpun di bawah Perlembagaan Persekutuan bukan suatu hak yang mutlak. Perhimpunan yang bertujuan mengganggu-gugat ketenteraman awam tidak diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan.

Di dalam kes Meor Safizal Meor Mohamed Amin & Yang Lain lwn. PP [2015] 4 CLJ 709, Hakim Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa: “Berhimpun secara aman bukanlah satu kesalahan, malah satu hak yang dijamin oleh per.10 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

Namun, seperti juga hak-hak kebebasan yang lain, hak ini bukanlah satu hak yang mutlak tanpa batasan atau sekatan. Perkataan ‘aman’ itu sendiri membawa maksud bebas daripada keadaan kacau-bilau, gangguan atau suasana yang tidak menyenangkan: lihat Kamus Dewan Edisi keempat.

Bukan sahaja perlu diadakan secara aman, per.10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan juga mengandungi syarat tersirat bahawa peserta perhimpunan tidak dibenarkan membawa apa-apa senjata semasa berhimpun. Justeru, perhimpunan yang menimbulkan keadaan kacau-bilau, gangguan atau suasana yang tidak menyenangkan bukanlah satu perhimpunan aman dalam erti kata per.10 Perlembagaan Persekutuan.

Begitu juga sekiranya ada dalam kalangan peserta yang membawa senjata. Mana-mana orang yang menyertai atau te­rus menyertai perhimpunan yang mempunyai unsur-unsur tersebut tidak boleh berselindung di sebalik per.10 Perlembagaan Persekutuan untuk melepaskan diri daripada tindakan undang-undang.”

Di samping itu, Artikel 10(2)(b) Perlembagaan Persekutuan juga memberi kuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang mengekang kebebasan berhimpun bagi kepentingan keselamatan negara atau ketenteraman awam. Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah salah satu contoh akta yang mengawal perhimpunan di negara ini.

Sebelum itu, perhimpunan awam di Malaysia dikawal selia oleh Seksyen 27 hingga 27 C Akta Polis 1967. Tanpa permit polis, satu perhimpunan atau perarakan lebih daripada tiga orang dianggap tidak sah dan menyalahi undang-undang di bawah Akta Polis 1967.

Akan tetapi, hak Parlimen untuk mengekang kebebasan berhimpun menurut Artikel 10(2)(b) Perlembagaan Persekutuan mestilah munasabah. Dalam kes Nik Nazmi Nik Ahmad v. PP [2014] 4 CLJ 944, Hakim Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa: “I have earlier referred to the decisions of our courts in Sivarasa Rasiah v. Badan Peguam Malaysia, supra, and Dr. Mohd. Nasir Hashim v. Menteri Dalam Negeri, supra, as requiring laws passed imposing fetters on the right of peaceable assembly under art. 10 to satisfy the test of “reasonable restrictions.” Sesuatu undang-undang yang tidak munasabah boleh diputuskan oleh Mahkamah sebagai tidak menurut Perlembagaan dan tidak sah.

Pada hemat penulis, bagi memastikan sesuatu perhimpunan itu dijalankan mengikut lunas undang-undang, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Bagi pihak yang berhimpun, mereka bertanggungjawab mematuhi peraturan dan mengikut arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa manakala bagi pihak berkuasa pula, mereka bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam kekal terjamin.

Salah satu contoh terbaik perhimpunan yang berjaya dijalankan dengan aman adalah perhimpunan Bersih yang diadakan di Dataran Merdeka pada Ogos tahun lepas dan perhimpunan baju merah yang diadakan di Padang Merbok pada September tahun lepas.

Kedua-dua perhimpunan ini mempamerkan kerjasama baik di antara pihak penganjur dan polis bagi memastikan tidak ada sebarang keadaan yang tidak diingini berlaku.

Tetapi, pada pandangan penulis, penghargaan utama seharusnya diberi kepada kerajaan kerana membenarkan perhimpunan-perhimpunan ini berjalan dengan lancar.

Keprihatinan kerajaan terhadap hak ini jelas mempamerkan suatu pengalihan dasar yang ketara yang pada suatu masa dahulu perhimpunan seumpama ini akan disekat.

Kita masih ingat sebarang perhimpunan dahulu akan dikerumuni oleh Pasukan Simpanan Persekutuan atau Federal Reserve Unit (FRU), walaupun perhimpunan itu dilangsungkan dengan aman.

Pelbagai rang undang-undang digunakan untuk menyekat perhimpunan-perhimpunan ini daripada dilangsungkan, termasuklah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Kita seharusnya memberi pujian kepada pihak-pihak yang berkenaan kerana akta ini telah dimansuhkan pada 2012. Jelas pengalihan dasar ini adalah suatu langkah yang amat bijak serta positif, selaras dengan dasar kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju.

Adalah menjadi harapan penulis agar mana-mana pihak yang berniat untuk menganjurkan perhimpunan memastikan penganjurannya berdasarkan lunas undang-undang. Ini bagi memastikan perhimpunan itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Jadikan kekacauan yang berlaku di Asia Barat akibat perhimpunan tanpa sekatan sebagai pedoman. Jangan sampai nasi menjadi bubur barulah kita menyesal kerana pada masa itu kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi.


Renung-renunglah...

AKTA PERHIMPUNAN 2012

Akta Perhimpunan Aman 2012 (singkatan: APA 2012), juga dikenali sebagai Akta 736 ialah suatu undang-undang yang mengawal selia bantahan awam dan perhimpunan aman di Malaysia. Akta ini membenarkan warga untuk menganjurkan dan turut serta dalam suatu perhimpunan dengan aman tanpa senjata, tertakluk kepada sekatan yang dianggap perlu dan demi kepentingan ketenteramandan keselamatan awam.

Akta ini digubal selepas empat bulan perhimpunan Bersih 2.0 dan dua bulan selepas kerajaan mengumumkan untuk meminda Akta Polis 1967. Ia dibentangkan di Parlimen pada 22 November 2011, diluluskan di Dewan Rakyat pada 29 November dan di Dewan Negara pada 20 Disember, sebelum mendapat perkenan diraja daripada KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong pada 30 Januari 2012.

APA 2012 telah dikritik keras oleh pihak pembangkang, yang mengatakan bahawa akta tersebut akan bertindak keras terhadap hak untuk membuat bantahan daripada melindunginya. Majlis Peguam dan ramai pemimpin persatuan sivil juga telah menyatakan suara membantah akta tersebut.


PERATURAN PERHIMPUNAN

Antara kandungan utama dalam APA2012 ini adalah kepada sesiapa yang mahu membuat perhimpunan aman di Malaysia. Antaranya termasuklah:
1.            Kanak-kanak yang berumur bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perhimpunan kecuali acara-acara yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri.
2.            Dilarang berhimpun di dalam atau dalam lingkungan 50 meter daripada kawasan-kawasan larangan seperti mana yang disenaraikan, termasuk hospital, sekolah dan tempat ibadat.
3.            Protes jalanan tidak dibenarkan sama sekali.
4.            Seksyen 8 membenarkan polis untuk mengambil sebarang langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan teratur dan berjalan lancar.
5.            Seksyen 9(5) membenarkan pihak polis mendenda pihak penganjur sebanyak tidak melebihi RM10,000 jika tiada notis awal diberikan;
6.            Seksyen 21(3) membenarkan pihak polis mendenda sesiapa yang telah ditahan sebanyak tidak melebihi RM20,000;
7.            Seksyen 20(1)(c) membenarkan pihak polis menahan sesiapa yang membawa, atau merekrut kanak- kanak untuk perhimpunan;
8.            Berumur kurang daripada 21 tahun adalah tidak dibenarkan untuk menganjur perhimpunan.
9.            Notis 10 hari sebelum perhimpunan diadakan.

FASAL

Ciri-ciri selepas pindaan

  • Fasal 4 : menyatakan hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan secara aman dan tanpa senjata di bawah Akta ini tidak meluas kepada yang berikut:

    • (a) seseorang bukan warganegara 
    • (b) perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat larangan dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan 
    • (c) suatu protes jalanan 
    • (d) berhubung dengan penganjuran suatu perhimpunan, seseorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun 
    • (e) berhubung dengan penyertaan dalam suatu perhimpunan selain perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, seseorang kanak-kanak.

  • Fasal 8 : Seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan berkenaan dikendalikan dengan teratur.
  • Fasal 9(1) : Penganjur hendaklah memberi notis mengadakan perhimpunan kepada polis daripada 30 hari kepada sepuluh hari.
  • Fasal 9(5) : Polis boleh mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.
  • Fasal 12(1) : Memendekkan tempoh untuk polis memaklumkan kepada pihak berkepentingan berhubung perhimpunan tersebut – daripada daripada 48 jam kepada 24 jam.
  • Fasal 12(2) : Tempoh untuk pihak berkepentingan membuat bantahan kepada polis ke atas notis perhimpunan berkenaan pula dipendekkan daripada lima hari kepada 24 jam.
  • Fasal 14 : Tempoh untuk polis memberikan respons ke atas bantahan berkenaan juga dipendekkan daripada 12 hari kepada lima hari.
  • Fasal 15 : Pemusatan kuasa serta budibicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai
  • Fasal 16 : Memendekkan tempoh rayuan yang dikenakan ke atas penganjur perhimpunan untuk membuat rayuan kepada menteri.[11]
  • Fasal 21 : Membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk menyuraikan sesebuah perhimpunan
  • Fasal 21(3) : Polis boleh mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam perhimpunan.
  • Tempat larangan - tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal pengangkutan, tadika dan juga sekolah - lingkungan 50 meter .

KESAN BAIK PERHIMPUNAN

Hikmah yang baik disebalik perhimpunan rasmi ialah dapat memupuk perpaduan masyarakat majmuk dengan mengadakan aktiviti bermanfaat yang melibatkan pelbagai kaum mengambil bahagian.Selain itu,faedah yang dapat diperoleh daripada perhimpunan rasmi ialah setiap individu dapat berkongsi idea-idea mereka untuk  memajukan negara dari aspek politik,ekonomi dan sosial dan membincangkan cabaran yang dihadapi negara.

            Akhir sekali,dapat membentuk negara yang aman dan bersatupadu apabila mereka saling hormat-menghormati dan memahami hak masing-masing.Dengan cara sebegini negara kita berpontensi menarik minat pelabur-pelabur dari luar datang ke Malaysia kerana mereka melihat negara kita bebas dari bencana alam dan kurang berlaku rusuhan atau pergolakan kaum malahan dapat bertukar-tukar ilmu dalam bidang tekologi.

Contoh Perhimpunan

   (HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT KL112)
         
  Contoh terbaik sebuah perhimpunan rakyat yang aman adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 yang telah berlangsung di Stadium Merdeka. Dengan ketiadaan Pasukan Simpanan Persekutuan atau Federal Reserve Unit kelihatan semasa perhimpunan tersebut, segala aktiviti yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar. Pertama kali dalam sejarah negara kita perhimpunan sebesar ini diadakan yang dihadiri oleh rakyat dari seluruh negara. Pihak polis juga tidak menggunakan kekerasan semasa menjalankan tugasnya, berbanding dengan yang telah dilakukan pada BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk demokrasi yang lebih telus.


KESAN BURUK PERHIMPUNAN

Perhimpunan Haram Akan Beri Kesan Pada Perdagangan dan Pelaburan Malaysia.

Perhimpunan haram yang dijangka pada Sabtu ini akan memberi kesan (negatif) kepada perdagangan dan pelaburan Malaysia, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.

Katanya perhimpunan haram itu akan mewujudkan satu kesan negatif kepada pelaburan langsung asing (FDI) yang meningkat secara signifikan, dari tahun ke tahun.
Mukhriz berkata kestabilan politik adalah kriteria yang sangat penting di dalam usaha negara ini untuk menarik FDI dan sehingga ini, Malaysia sangat berjaya di dalam usaha itu.
“Banyak pelabur, yang pada peringkat awalnya merancang melabur di negara jiran, telah mengalihkan rancangan mereka untuk melabur di Malaysia selepas berlaku krisis politik di negara yang disasarkan pada asalnya.
“Sekarang, jika kita berhadapan krisis yang sama di sini, tanggapan para pelabur terhadap Malaysia dan Asean, secara umumnya, akan menjadi negatif,” katanya kepada pemberita di sini Selasa selepas satu majlis perkongsian pengetahuan dengan kira-kira 45 pelajar universiti yang ditawarkan melakukan latihan di seberang laut.
– BERNAMA

Perhimpunan haram dikhuatiri cetus rusuhan kaum
KUCHING: Tindakan Persatuan Anak Muda Sarawak untuk mengadakan Perhimpunan Haram di Padang Merdeka, 31 Disember ini, mendapat kecaman dari Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Ketua Pemuda PBB, Datuk Haji Fadillah Yusof berkata, perhimpunan itu dikhuatiri akan mencetuskan pertelagahan antara kaum di Sarawak.
“Ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh mencetuskan suasana tidak tenteram, huru-hara dan menjejaskan keharmonian kaum yang dinikmati rakyat pelbagai kaum selama ini.
“Tindakan pihak terbabit sama sekali bercanggah dengan nilai-nilai budaya di Sarawak yang dihuni kira-kira 30 suku etnik yang selama ini hidup aman dan harmoni,” tegasnya.
Malah, katanya, rakyat beragama Kristian baru sahaja menyambut perayaan Krismas dalam suasana aman harmoni dengan budaya saling mengunjungi tanpa mengira kaum dan anutan agama berdasarkan konsep 1Malaysia yang menjadi nadi kekuatan perpaduan di Sarawak.
Menteri Kerja Raya itu menasihati rakyat di semua peringkat usia supaya tidak terpengaruh dengan hasutan persatuan terbabit atau mana-mana pihak berkepentingan yang mahu mencetuskan suasana huru-hara dan porak-peranda menerusi perhimpunan sedemikian.
“Kita perlu sama-sama memelihara keharmonian kaum dan keamanan di negara ini dengan menggunakan saluran yang betul untuk menyatakan rasa tidak puas hati, bukannya bertindak melakukan perhimpunan yang kononnya aman tetapi boleh bertukar menjadi insiden yang tidak diingini,” katanya.
Tambahnya, negara ini memiliki saluran demokrasi berparlimen dan Dewan Undangan Negeri atau kepada kementerian untuk menyampaikan rasa tidak puas hati atau apa jua masalah tanpa perlunya mencetuskan huru-hara.
“Saya menggesa semua pihak memelihara keamanan  dan keharmonian kaum dengan menghindarkan diri daripada terlibat dengan perhimpunan sedemikian demi mengelakkan kejadian tidak diingini tercetus di negara yang kita cintai ini,” ujarnya.
PBB akan memantau keadaan dan akan membuat laporan polis sekiranya perlu.
Jika tidak, perkara itu mampu mengganggu keharmonian dan kestabilan yang akan dikecapi menjelang ambang tahun baru nanti dengan insiden yang tidak dijangka.
“Justeru, kita perlu sama-sama memfokuskan perhatian dalam usaha untuk membangunkan negeri Sarawak demi kesejahteraan rakyat, bukan sebaliknya.
“Apa yang kita harapkan adalah sambutan kali ini diraikan secara aman tanpa melibatkan perhimpunan jalanan yang diharapkan oleh pihak tertentu untuk mengucar-kacirkan keadaan,” katanya.

Perhimpunan haram salah di sisi undang-undang.
Mari saya terangkan dalam perlembagaan persekutuan Malaysia, Perkara 10,Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuh Persatuan. bermaksud

Setiap warganegara mempunyai hak untuk bebas bercakap bagi mengeluarkan buah fikiran, berhimpun secara aman dan berhak menubuhkan persatuan.

Begitulah perkara yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Kebebasan bercakap dihadkan kepada kata-kata yang tidak menjadi fitnah, kata-kata yang tidak menjadim hasutan, kata-kata yang tidak mencerca mahkamah atau yang melanggar hak keutamaan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

 Sesiapa yang menyebut, menulis, mencetak, menjual atau menyiarkan perkataan-perkataan yang mempunyai maksud hasutan dan menyoal perkara-perkara sensitif seperti seperti hak keistimewaan orang Melayu dianggap sebagai melakukan kesalahan mengikut undang- undang dan mereka boleh dihukum sehingga lima tahun penjara atau denda sebanyak Rm5000.

Warganegara juga berhak untuk berhimpun secara aman tanpa bersenjata. Sungguhpun demikian, perhimpunan yang terdiri daripada 15 orang atau lebih adalah haram di sisi undang-undang jika maksudnya adalah untuk menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan kerajaan atau pihak yang berkuasa. Di samping itu juga, isu-isu sensitif tidak boleh dibangkitkan dalam perhimpunan dan pengucapan umum.

Selain itu, setiap warganegara Persekutuan berhak menubuhkan persatuan dengan syarat persatuan tersebut tidak mengugat kepentingan, keselamatan dan ketenteraman awam. Sesebuah persatuan itu akan dibatalkan pendaftarannya sekiranya difikirkan pertubuhan itu digunakan untuk maksud yang memudaratkan kepentingan keselamatan Persekutuan dan keamanan awam.


Jelas dalam Perlambagaan Persekutuan Malaysia Perkara 10, Tidak melarang rakyat untuk mengadakan perhimpunan asalkan tidak mengganggu ketenteraman awam dan menggugat keselamatan negara. Tetapi sekiranya perhimpunan yang terdiri dari 15 orang atau lebih merupakan PERHIMPUNAN HARAM disisi undang-undang,apalagi kalau perhimpunan tersebut bertujuan mengugat, kepentingan, keselamatan dan ketenteraman awam.

saya percaya perhimpunan HARAM yang akan diadakan nanti merupakan satu perhimpunan HARAM yang akan menimbulkan kekacauan menganggu gugat keselamatan rakyat dan sekali gus mengancam keselamatan negara.
Adalah tidak masuk akal sekiranya mengumpul 300,000 ORANG semata-mata hanya untuk menyerahkan satu memorandum.

walhal penyerahan ini boleh dihantar sendiri melalui jalan atau melalui prosedur yang sah.
Saya melihat perhimpunan Haram yag akan diadakan ini merupakan satu hasutan dan bukan bercakap mengenai demokrasi. Inilah maksud sebenar tujuan perhimpunan HARAM ini dilakukan dan sekaligus mahu melihat keadaan negara menjadi kacau bilau dan menganggu gugat keselamatan rakyat, malah kesan yang paling teruk ialah ekonomi negara turut terjejas dan Selain soal keselamatan,perhimpunan haram itu akan memberi kesan kepada ekonomi negara yang kini pesat berkembang serta menjadi perhatian pelabur asing untuk menanam modal.

selain dari itu pendapatan peniaga dikawasan yang terlibat juga akan mengalami kerugian. Pada ,tahun 2007 adalah contoh terbaik di mana ramai peniaga menanggung kerugian akibat perhimpunan yang sama.
Kebiasanya Pada bulan julai merupakan kedatangan pelancong dari timur tengah paling ramai setiap tahun dan jika perhimpunan berlaku ia boleh menakutkan para pelancong dan sekaligus mengambarkan imej buruk kepada Malaysia. Sedangkan Malaysia dikenali oleh dunia luar sebagai negara yang aman dan makmur tanpa persengketaan.

Kalau mereka mengatakan SPR tidak telus dan tidak bersih, Pembangkang telah pun menguasai 5 negeri dan jikalau mereka mahu berkempen saya lihat di FB, twitter dan blog tidak pernah sunyi dari menceritakan perihal politik untuk meraih sokongan rakyat walaupun secara tidak jelas. walaupun pilihanraya umum ke 12 sudah berlalu hampir 3 tahun namun persada politik malaysia tidak pernah sunyi dari bercerita soal politik dan saban hari kita dihidangkan dengan cerita2 politik yang tidak pernah surut.

Bukankah itu juga salah satu cara berkempen walaupun tidak jelas namun sedikit sebanyak dapat mempengaruhi minda masyarakat diluar sana dan setakat ini saya sendiri tidak pernah melihat atau mendengar pihak SPR melarang semua parti di malaysia berhenti untuk bercerita soal politik.
Saya percaya rakyat malaysia semakin bijak untuk melihat dan mentafsir sendiri apa maksud disebalik perhimpunan ini diadakan. Justeru itu saya percaya rakyat malaysia yang mencintai keamanan dan kedamaian akan mengutuk dan menolak sekeras-kerasnya perhimpunan ini.

CONTOH PERHIMPUNAN


Perhimpunan bersih 2.0 merupakan perhimpunan yang paling teruk bagi tahun 2009. Dimana ia gagal mendapat permit. Sebagai mana semua tahu, sesebuah perhimpunan yang diadakan perlu mendapat permit daripada pihak pentadbiran. Jikalau tidak, ia dianggap sebagai perhimpunan haram dan pihak berkuasa seperti PDRM boleh menghalang ia dilangsungkan. Sebuah pasukan khas iaitu (FRU) telah dipertanggungjawabkan untuk mengawal sesebuah perhimpunan itu. Dan pihak PDRM telah mewar-warkan agar orang awam tidak dibenarkan untuk menghadiri perhimpunan tersebut. Barang siapa ditangkap akan di kenakan tindakan.

Pendapat Tokoh-tokoh negara berkenaan Perhimpunan Haram


  • Perhimpunan haram 9 Julai ini sebenarnya digerakkan oleh pihak yang tidak sabar untuk berkuasa dan bukannya kerana pilihan raya di negara ini tidak bersih. 
  • "Tindakan kumpulan pengacau itu mengadakan perhimpunan haram itu adalah untuk mendapatkan kembali sokongan yang mereka dapat semasa pilihan raya umum 2008 memandangkan kini momentum sokongan rakyat kembali berpihak kepada BN." -Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak


  • Orang awam tidak sepatutnya terlibat dengan perhimpunan berkenaan yang hanya akan menimbulkan masalah kepada ketenteraman awam.
  •  "Saya memantau keadaan ini, lagi pun sudah beratus-ratus laporan kita terima yang tidak menyokong perhimpunan ini." - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (kanan) 
  • "Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta penjawat awam supaya tidak terlibat dengan kegiatan 9 Julai ini. "Semua 1.2 juta penjawat awam di negara ini terikat dengan Aku Janji yang ditandatangani ketika mereka mula berkhidmat yang melarang mereka terlibat dalam aktiviti seperti itu." -Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman
  • "Bersih dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk memajukan agenda politik tersendiri dan tidak sama sekali memperjuangkan hak-hak rakyat seperti yang diperkatakan. 
  • "Sememangnya pilihan raya di Malaysia adalah dijalankan dengan adil dan saksama dan buktinya ialah bilangan ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri daripada pihak pembangkang ketika ini." - Presiden Parti Makkal Sakti Datuk RS Thanenthiran (kiri)
  • "Perhimpunan ini hanya akan menyusahkan orang ramai dan menjejaskan pendapatan peniaga kecil dan pemandu teksi yang antara mereka merupakan anggota persatuan itu.- Pemangku Presiden Persatuan Bekas-bekas Polis Malaysia (PBPM) Datuk Yusuf Hamdain Diego.
  • "Tindakan mengadakan perhimpunan itu bukan sahaja bakal menyebabkan kesusahan kepada orang ramai bahkan menjejas imej negara yang selama ini menyerlah di mata dunia. "Apa perlu adanya demonstrasi? Kita faham kalau dah ramai berdemonstrasi, pastinya keadaan tidak akan aman apatah lagi bila berlaku pertembungan dua kumpulan. Yang menjadi mangsa ialah rakyat."- Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) Syed Anuar Syed Mohamad 



Di antara kesan selepas Perhimpunan Haram 2.0 yang berlaku pada tahun 2009

· Seramai lebih kurang 1600 peserta ditangkap termasuk beberapa pemimpin atasan. Tetapi telah dibebaskan secara berperingkat-peringkat dengan jaminan polis.

· Kerosakan harta benda yang dianggarkan kerugian berjumlah RM100 juta.
·Peniaga-peniaga kecil di sekitar lokasi perhimpunan terpaksa menanggung kerugian dianggarkan lebih kurang RM30 juta kerana tidak boleh berniaga pada hari tersebut menyebabkan pendapatan mereka terjejas.
·Polis terpaksa membelanjakan sehingga RM40 ribu semata-mata untuk menyediakan makanan (bufet) dan kemudahan kepada peserta-peserta yang ditangkap.
·Beberapa Majlis Perkahwinan terganggu dan terjejas berikutan jalan ditutup dan kesesakan berlaku menyebabkan ramai yang terperangkap gara-gara peserta perhimpunan.
· Sampah sarap yang ditinggalkan peserta tidak dibersihkan selepas perhimpunan berakhir. Tak sepertimana yang dilaung-laungkan pihak penganjur yang sukakan kebersihan.
·Kematian salah seorang peserta perhimpunan akibat serangan jantung.( Mungkin Disebabkan Polis)
· Pekerja yang berkerja sekitar lokasi perhimpunan terganggu.
· Mengganggu urusan orang ramai yang mahu berurusan di lokasi perhimpunan.
· penganjuran perhimpunan haram dilihat mempunyai agenda politik gara-gara penglibatan pemimpin politik. ( Mungkin)
· Penganjuran lebih dilihat sebagai perpecahan kaum terutamanya Melayu biarpun tujuannya bersih. Cuma caranya sahaja dilihat tidak profesional dan seakan tidak bertamadun.
·Industri pelancongan juga turut terjejas. Pelancong asing meragui keselamatan mereka untuk berkunjung ke Malaysia.
· Mencemarkan nama baik negara sendiri di mata dunia. Tumpuan dunia tertumpu di Malaysia tanpa mengetahui status sebenar apa yang berlaku jika maklumat yang disampaikan itu kurang tepat.
· Apa yang dirisaukan jika Baginda YDP Agong Akan mengumumkan Daurat. Sudah pasti negara huru-hara. Dan keselamatan negara akan tergugat.




RUMUSAN

Oleh itu, Hak untuk berhimpun adalah hak setiap warganegara Malaysia mengikut Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan. Hak tersebut membuka ruang untuk seorang warganegara berhimpun secara aman, tanpa senjata. Hak berhimpun diiktiraf dalam undang-undang antarabangsa seperti Artikel 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan Artikel 21 Waad Antarabangsa Mengenai Hak Awam dan Politik (ICCPR).

Dalam sebuah masyarakat sivil yang demokratik, adalah amat penting untuk suara rakyat disampaikan ke peringkat keputusan tertinggi negara ini. Rakyat perlu melibatkan diri dalam pelaksanaan keputusan negara, sama ada secara langsung atau tidak, dan salah satu caranya adalah dengan meluahkan pendapat masing-masing melalui perhimpunan aman, serta bantahan ataupun cadangan. Melalui demonstrasi dan perhimpunan rakyat, warga Malaysia dapat melalui satu proses luah perasaan untuk melepaskan rasa tidak puas hati terhadap keputusan-keputusan kerajaan yang mewakili kuasa terbesar negara. Disebabkan kuasa yang bagaikan mutlak di dalam tangan kerajaan, maka amat mudah untuk pihak kerajaan melanggar hak asasi seorang individu ketika menjalankan urus tadbir negara. Himpunan rakyat adalah penting bagi rakyat memastikan kerajaan boleh bertindak muhasabah dan melakukan penambahbaikan dalam pentadbiran mereka setelah mendapat maklumbalas dalam bentuk bantahan awam sebegini.

Himpunan rakyat wujud sebagai satu landasan untuk pandangan rakyat didengari, sama ada oleh pihak kerajaan mahupun di peringkat antarabangsa. Pandangan ini bukan sahaja mewakili suara bilangan peserta di perhimpunan tersebut, tetapi juga harapan mereka untuk melihat kehidupan yang lebih baik melalui desakan kepada pihak tertentu untuk mengambil tindakan. Ia juga boleh dilihat sebagai suatu kaedah ‘civil disobedience’, dimana desakan dibuat terhadap pihak kerajaan supaya tuntutan rakyat dipenuhi. Di dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, suara rakyat adalah amat penting, maka sebuah demokrasi tidak akan sempurna tanpa protes ataupun perhimpunan rakyat, yang keduanya merupakan elemen penting dalam pembinaan masyarakat sivil yang berasaskan Kedaulatan Undang-Undang dan menghormati Keluhuran Perlembagaan.

Walaubagaimanapun, tiada hak yang mutlak yang wujud di dunia ini, dan kawalan perlulah dilaksanakan untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam. Artikel 10(2)(b) memberi kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang mengekang kebebasan berhimpun atas alasan keselamatan negara dan ketenteraman awam. Di Malaysia, kita melihat Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai undang-undang utama yang mengawal perhimpunan aman di negara ini. Kekangan tersebut haruslah munasabah dan tidak menyekat kebebasan seseorang individu sehingga haknya tidak dapat dipraktikkan langsung. Jikalau kita mengkaji Akta Perhimpunan Aman tersebut, timbul juga beberapa seksyen yang tidak munasabah. Protes jalanan ditetapkan sebagai haram, dan protes jalanan diberi maksud perjumpaan di sesuatu tempat yang bergerak ke sesuatu tempat dalam kumpulan yang besar untuk tujuan tertentu. Individu berumur kurang daripada 21 tahun tidak dibenarkan berhimpun, dan ini bercanggahan dengan Artikel 15 Konvesyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, di mana kanak-kanak juga ada hak untuk berhimpun. Notis 10 hari tentang perhimpunan juga perlu diberi kepada pihak polis untuk himpunan di tempat yang bukan disediakan untuk himpunan. Pelanggaran syarat boleh menyebabkan penganjur didenda. Notis tersebut bukanlah untuk meminta kebenaran dari pihak polis untuk berhimpun, tapi tujuannya adalah untuk memberitahu polis untuk mengawal traffik demi memastikan perhimpunan tersebut berjalan dengan lancar.

Pihak kerajaan haruslah menghormati Kedaulatan Undang-Undang serta Keluhuran Perlembagaan, seperti mana yang terkandung dalam Rukun Negara, dan tidak menggubal undang-undang yang tidak berasaskan semangat kedaulatan undang-undang.

Contoh terbaik sebuah perhimpunan rakyat yang aman adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 yang telah berlangsung di Stadium Merdeka dan juga Himpunan BERSIH 5. Dengan ketiadaan Pasukan Simpanan Persekutuan atau Federal Reserve Unit kelihatan semasa perhimpunan tersebut, segala aktiviti yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar. Pertama kali dalam sejarah negara kita perhimpunan sebesar ini diadakan yang dihadiri oleh rakyat dari seluruh negara. Pihak polis juga tidak menggunakan kekerasan semasa menjalankan tugasnya, berbanding dengan yang telah dilakukan pada BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk demokrasi yang lebih telus.


Dengan ini, saya ingin menekankan bahawa himpunan rakyat tidak akan mengugat keamanan negara sekiranya semua pihak memberikan kerjasama. Pihak polis perlu menjaga ketenteraman awam supaya pihak yang ingin menimbulkan huru-hara dihalang dari berbuat demikian. Penganjur pula perlu memastikan perjalanan aktiviti sepanjang perhimpunan berjalan dengan lancar. Manakala peserta perlu mematuhi arahan pihak penganjur dan pihak polis, serta berkelakuan baik semasa perhimpunan tersebut. Hak untuk berhimpun secara aman perlulah disanjungi dan dihormati oleh semua pihak, termasuklah pihak kerajaan.

LAMPIRAN

(HIMPUNAN PAS &FASTAQIM 2.0) 

 (HIMPUNAN RAKYAT SAYANGI MALAYSIA)

 (HIMPUNAN BANTAH ICERD)

 (HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112)

(HIMPUNAN BERSIH 5)

RUJUKAN

BUKU

Normurni Mohamad , Razana Fatin Abdullah @ Razali dan Muhammad Faizal Ahmad 
Siri Politeknik Pengajian Malaysia : Edisi terkini Oxford Fajar
Perkembangan Perlembagaan Malaysia oleh Mohd Aris Hj Osman (Fajar Bakti 1983)
Buku Perlembagaan Malaysia oleh Abdul Aziz Bari (Ayah Pendidikan Sdn Bhd)


INTERNET 


SEKIAN







Konsep Kejiranan Dan Hak-Hak Jiran

  Konsep Kejiranan Dan Hak-Hak Jiran Nama Ahli Kumpulan : 1) Muhammad Alif Asyraff Bin Abd Aziz (02DKM18F2040)2) 2) Muhammad Izzuddin Amin B...